Tuesday, October 12, 2010

Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan ?

Bahasa Identiti Negara
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pakar, pencinta dan aktivis bahasa yang mewakili agensi kerajaan dan swasta, persatuan dan individu pada perbincangan "Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu" April lalu mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan khusus untuk memperjuang hal berkaitan Bahasa Melayu.
Jawatankuasa itu diharap akan membolehkan sebarang perkara berhubung bahasa kebangsaan mendapat perhatian kerajaan dan diselaraskan antara kementerian dan agensi yang berkaitan, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 5 Oktober lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggesa PBT memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam.
Mereka boleh menguatkuasakan Undang-undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan bagai memastikan tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Dalam urusan seharian, beliau mahu semua pemimpin korporat supaya tidak meminggirkan bahasa kebangsaan.
Petikan mStar
Dalam mengejar 1Malaysia dan melihat keadaan adanya ChinaTown, Little India tapi Kampung Melayu di mana hanya di pinggir ? Di mana pergi Bahasa Melayu ? Di pinggir ? Yang ada Bahasa Kebangsaan !! Intilah ini tidak ada dalam bahasa yang di iktiraf dunia terutama dalam bahasa untuk translation di Google, di Facebook yang ada Bahasa Melayu atau Malay tapi Bahasa Kebangsaan tiada !!

1 comment:

  1. Sudahlah bangsa dirojakkan menjadi bangsa Malaysia, bahasa pun menuju ke arah itu juga? Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa kebangsaan untuk Malaysia ialah Bahasa Melayu, bukannya Bahasa Kebangsaan. Sebagai contoh: Bahasa kebangsaan England ialah English, bukannya bahasa England.

    ReplyDelete