Thursday, October 28, 2010

Bukan habis manis, sepah dibuang Tapi MCF Perlu Atasi Penyakit Murung

Kita telah lihat kelibat  MCF dengan percaturan percalunan Karpov dan kuncu di Pemilihan Pemimpin FIDE baru ini.  Satu tindakan bijak atau tidak sudah terjawap bila Karpov kalah bukan tipis saperti di laungkan oleh Geng mereka. Mungkin yang sokong Karpov kerana beliau bekas Juara Dunia tidak membawa erti, Sifu terus sokong Kirsan tanpa ragu tapi untuk kalah dengan teruk 95 balas 55 bukan 50-50 saperti di canangkan hingga di saat akhir.
Tapi dapat cerita dari satu bisikan ada terdapat False Delegate !!?? dari......atau sengaja Sifu buat tidak dengar tapi sedih sudah lah muka di conteng dengan arang di sapu pula dengan hampas abu........ macam hidung tidak mancong pipi tersorong sorong......sebab bisik Sifu tidak dapat dengar dengan jelas saperti di katakan oleh beberapa rakan negara Asean termasuk China yang akan menukar sokongan sebab takut hendak di lihat sebagai penyokong Kirsan di saat akhir, rupa rupa nya anggan Mat Jenin saja rupa nya.
Apa kita nak benarkan MCF ini status quo sahaja ? Apa kah kita benarkan MCF di hujung tanduk ?
Siapa MCF ?  MCF bukan di miliki oleh kucu kucu  yang ada kini, mereka sudah di beri puluang terlalu lama ..
tidak berubah tidak ada pembangunan tidak ada wang ..tidak ada wawasan ...hanya tahu buat kejohanan tapi MCF tetap tidak berisi....kalau berubah pasti MCF untuk anak anak pemain yang jauh ketinggalan ...yang jauh kehausan...yang jauh tiada ketandusan kepipinan berkaliber..yang boleh mengisi poket MCF untuk membawa pemain bermain di peringkat antarabangsa.
Masa untuk bertindak sudah tiba tapi banyak pengikut dari berani ke hadapan. Sifu bukan tidak minat tapi keadaan dan kesihatan serta penglibatan peringkat kebangsaan untuk OKU sudah menjadi tugas berat kini. Tapi Sifu akan menyokong agar MCF di ubah dan lebih baik di buang semua aja dan pilih muka baru.
Maaf Tan Sri, Haslinda, Hairuluv, Greg, kita perlu berani untuk berubah yang lain tu di pencenkan aja, apa Sifu ini siapa? Biar anda menilai sendiri peranan dan sumbangan mereka dulu, kini dan selama nya menunjukkan yang MCF perlu berubah dan berani berubah.
Penyakit murung atau lebih tepat sudah tidak boleh pakai lagi atau sudah  tiada manis nya haprak aja jadi untuk masa hadapan dan pembangunan MCF memerlukan perubahan drastik, berani dan maju.  Mereka yang sudah lama ini harus di beri penilaian dan merit tapi sepatut nya mereka sendiri sudah tahu masa untuk berundur sabelum di buang tapi ingat ini bukan habis manis, sepah di buang,  Memang dah tidak manis dari mula lagi yang tinggal haprak aja jadi ukur baju di badan sendiri, tanya punya diri
MCF tanya diri sendiri..SIAPA AKU ?,
APA SUMBANGAN KU SELAMA INI ?
AKU DI PERLUKAN ?
Sudahlah tidak handsome, tidak manis pula, bau haprak pula itu.
Dato Tan CM dah menamatkan sokongan selama ini terhadap catur dan MCF. Anak emas dah jadi besi buruk padahal besi buruk pun ada harga....jadi besi karat yang tiada harga dan tiada guna lagi.
Umpama tak mahu tak malu tapi hendak tunjuk pandai, berlagak pandai aja, menyibok dan kipas membodek untuk memegang jawatan dalam MCF macam nyawa mereka akan tamat bila terkeluar dari senarai MCF.
Kalau kita terus berlembut kalau kita membuta.... MCF akan berkubur tanpa nisan saperti nya berlaku dengan PCMM oleh hampir orang yang sama aja....apa tindakan anda !!!!
Sifu cadangkan bubarkan MCF kini dengan muka yang bukan sahaja boleh berhidmat tapi mempunyai wawasan untuk pembangunan catur di Malaysia.
Sifu meminta mereka yang ingin perubahan bersama Sifu untuk membina MCF baru dengan pemimpin yang lebih bertanggung jawap yang lebih bersama pemain yang sudah kehabisan wang semata mata untuk menaikkan nama MCF tapi apa yang dapat adalah ..........hampa.
Dengan menyokong Kirsan USD100,000 telah di sumbangkan kapada beberapa negara tapi Malaysia bukan dalam senarai...tapi nasib baik dengan belas kesian atas rayuan MCF di beri biasiswa tahunan untuk pemenang kejohanan remaja Malaysia kelak..tapi jauh dai USD 100,000 itu semua sebab tidak mahu sokong juara dan pemenang...Kirsan.

No comments:

Post a Comment