KUALA LUMPUR: ”Pegawai perlu turun ke tempat penyambut tetamu apabila orang kurang Upaya (OKU) datang berjumpa. Jika perlu bertemu di dalam kereta OKU sekalipun, apa salahnya, Inilah sikap mesra OKU sebenar,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Katanya, beliau akan memberikan saranan itu kepada semua penjawat awam di agensi di bawah bidang kuasa kementeriannya untuk mengambil tindakan sedemikian bagi memudahkan OKU ketika berurusan dengan pegawai kerajaan.
Menurutnya, kementeriannya akan memastikan kebajikan OKU di Wilayah Persekutuan dengan menawarkan khidmat terbaik bagi keselesaan mereka terutamanya berjumpa dengan pegawai di dalam pejabat.
“Kita mesti memberi layanan sewajarnya kepada mereka kerana walaupun mereka ada kekurangan, sudah tentu ada juga kelebihan di tempat lain pula, jadi tiada bezanya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pertandingan ‘Talentime OKU’ Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran kementeriannya bersama Semai Bakti dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala lumpur (JKMWPKL) di Dewan Komuniti Bukit Damansara di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Meme Zainal Rashid dan Pengarah (JKMWPKL), Normah Abdul Rauf.
Kelas Catur Personal Bersemuka
-
Malam semalam GiLoCatur ada kelas catur bersemuka dengan seorang pelajar.
Kelas kali kelima. Ajar dari zero walaupun pelajar sudah tahu susun buah
dan ger...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment