Friday, October 8, 2010

Angkat tanganmu. Hentikan penderaan Kanya-kanak Sekarang

Unicef lancar kempen henti penderaan kanak-kanak



2010/10/07 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETALING JAYA: Dengan tema ‘Angkat tanganmu. Hentikan penderaan Kanya-kanak sekarang!’, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) kini giat mengumpulkan sokongan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia sempena pelancaran kempen ‘Mari Turut Serta’ atau ‘Get on Board’ di Pusat Beli-belah One Utama, di sini, semalam.
Kempen selama dua bulan bermula semalam itu memacu mesej untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa dera dengan kemuncak kempen ini berakhir pada Hari Hak Asasi Manusia, Disember ini.
Dengan menggunakan kemudahan digital untuk penyebaran maklumat, kempen berkenaan diharapkan dapat memantapkan kefahaman orang ramai mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak dengan menyediakan maklumat pelbagai bentuk penderaan Wakil Unicef di Malaysia dan Brunei, Hans Olsen, berkata membasmi penderaan kanak-kanak tanggungjawab bersama dan mengingatkan setiap kanak-kanak berhak untuk membesar dalam persekitaran yang terlindung dan selamat.

Melalui kempen ini, Olsen mendorong rakyat Malaysia lebih prihatin dan mendalami isu berkaitan penderaan kanak-kanak selain menyeru individu dan komuniti supaya mempelajari cara-cara memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment