Wednesday, October 6, 2010

ETS Laju dan TEMAN

ETS atau lebeh terkenal dengan Electric Train Syatem di luar negara kini bertapak di Malaysia, sejak di lancarkan beberapa bulan lalu, SIfu ada membaca atau mendengar nya sahaja berapa hebat nya ETS ini.Berapa laju nya.
Ini kena cuba, jadi semalam Sifu bersama puan menaiki ETS ke Batu Gajah, untuk rumah anak di Toronto (Tronoh aja tapi pelajar UTP dimana akan di adakan kejohanan National rapid hujung minggu ini mengelarkan Trono jadi Toronto untuk glamor sikit) pada jam 9 malam.
Harga RM 29 sahaja satu perjalanan, tapi semalam sistem elektronik di KL Sentral ada masalah jadi barisan menunggu que amat panjang, sabenarnya Sifu tersalah masuk barisan. Ini Sifu ingin komen, tanda arah amat keliru dan tidak membantu sebab KL Sentral ada Kommuter, ekpres Sinaran , KLIA Express dan ETS, jadi kalau tak bertanya pasti ke salah kunter. 
Perjalanan bermula di Wangsa Maju dengan Kelana Jaya line naik LRT ke KL Sentral, 30 minit baru sampai, ini sudah lewat sebab masa beli tiket di ingatkan kena ada naik ETS jam 8.40 malam. Bila sampai KL Sentral mencari dimana pula letak nya platform B untuk ETS ke Ipoh, rupa nya kena naik Aras 2 dan turun ke Platform B, eskalator rosak terkejut bila lihat berapa jauh dan dalam nya Platform B nasib baik ada jumpa lift jadi sampai masuk ETS jam 8.58 malam.
Ini Sifu nak komen tunjuk arah di Sentral amat mengelirukan serta amat terhad, ini anak KL kalau bukan tidak tahu lah bagaimana !!.  Di sambut dengan senyum Hos ETS yang manis, Nur, buat Sifu lupa semua kelam kabut tapi dan genap 9.02 maka ETS mulakan perjalanan ke Batu Gajah. 
Amat laju, amat selesa, dengan aircon yang nyaman membuatkan perjalanan menjadi indah, walau berhenti di 9 stesyen, sifu laburkan kepala dan sempat dapat tidor dan sampai di Batu Gajah genap jam 11.03 malam, wow ini ETS amat bagus dan nak rekomen pada rakan. Walau di kejut sekali oleh si gadis penjual air dan makanan perjalan pertama ini amat seronok untuk di blogkan.
Jadi kalau nak ke Toronto untuk Rapid National nanti naik aja ETS, cari teksi ke UTP, kalau ada.


Hari ini Sifu jadi teman untuk ke TEMAN ( Tempat Makanan Negara), sebuah pusat baru oleh FAMA untuk menepatkan kesemua pengeluar, penjual, pemborong makanan dari buah, ikan, ayam, daging dan lain lain di satu tempat baru di Jalan Gopeng.
Sifu melawat TEMAN, tempat amat menarik tapi masih kosong belum beroperasi sepenoh nya. Nak komen tapi mungkin bila belum beroperasi penuh susah nak nilai jadi akan lawat semula bebverapa bulan lagi.

No comments:

Post a Comment