Tuesday, October 12, 2010

PANDELELA OH PANDELELA

Sukan

Terjunan ajaib Pandelela
Daripada V Ashok di New Delhi
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/12

Pandelela ketika beraksi dalam acara 10 meter platform wanita di Kompleks Sukan Akuatik Dr SP Mukherjee di New Delhi, semalam.
Pandelela ketika beraksi dalam acara 10 meter platform wanita di Kompleks Sukan Akuatik Dr SP Mukherjee di New Delhi, semalam.
Dua percubaan terakhir ubah skrip awal ciptaan Australia 

KONTINJEN negara kembali ceria, malam tadi dengan pungutan pingat emas ketujuh dan berterima kasih kepada keringat penerjun muda, Pandelela Rinong yang gah mengungguli acara 10 meter platform wanita di Kompleks Sukan SPM dengan terjunan terakhir yang baik buat melakar sejarah bagi dirinya.Dua lagi pingat menyusul daripada lawn bowl apabila pasangan negara, Nor Hashimah Ismail dan Zuraini Khalid meraih perak acara pairs wanita selepas tewas kepada England dalam final manakala gangsa daripada pasangan pairs lelaki menerusi Khairul Anuar Abdul Kadir dan Fairul Izwan Abd Muin buat mendekatkan sasaran 10 emas.Pandedela - anak muda dari Sarawak berusia 17 tahun itu menguntum senyuman dengan wajah matang ketika naik podium untuk melakar sejarah selaku pemenang emas pertama dalam acara terjun Sukan Komanwel selepas merakamkan jumlah keseluruhan 371.05 mata untuk menewaskan penerjun Australia, Melissa Wu (perak) dan Alexandra Croak (gangsa).

“Saya gembira hari ini. Pingat emas ini saya hadiahkan untuk ibu dan ayah tercinta. Satu ketika saya kecewa apabila membuat terjunan kurang baik pada pusingan kedua dan pada saat itu saya hanya terbayang peluang untuk berada dalam kelompok tiga terbaik saja,” kata Pandelela.

“Pada terjunan terakhir, jurulatih kata jangan buat salah. Dia kata jika buat salah, saya tidak akan dapat emas. Apabila saya naik tangga ke platform, saya ingat pesanan jurulatih dan melakukan yang terbaik. Memang cabaran hari ini kuat. Dua penerjun Australia memang hebat.”

Jelas kemenangan amat tipis apabila penerjun negara hanya menewaskan lawan terdekat dengan perbezaan perpuluhan 0.60 mata saja selepas Melissa memberi saingan sengit sehingga ke terjunan terakhir dalam acara membabitkan 12 peserta. 

No comments:

Post a Comment