Monday, November 15, 2010

Next Champion

Nur Najiha sasar gelaran WIM

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
BERBAKAT...bakat Nur Najiha dikesan bapanya.
BERBAKAT...bakat Nur Najiha dikesan bapanya.
IBARAT sang juara tidak didendang, kecemerlangan gadis cilik ini dalam permainan catur seolah-olah dipandang sepi walaupun mampu menyertai pertandingan dan bersaing di peringkat antarabangsa.
Mungkin permainan berkenaan kurang popular dan tidak mempunyai ramai pengikutnya menyebabkan kehebatan gadis berusia 11 tahun ini tidak dapat menarik perhatian ramai orang.
Bagi Nur Najiha Azman Hisham, impiannya hanya mahu terus cemerlang dalam permainan sukan berkenaan, tidak kira sama ada sukan berkenaan popular atau sebaliknya.

Menurutnya, dia bersyukur dengan bakat dianugerahkan dan juga sokongan ibu bapa yang membantu hingga berada pada tahap tertinggi ketika ini.


“Masih banyak yang perlu saya pelajari dan ada kelemahan harus diperbaiki untuk terus bersaing dengan pesaing luar negara, terutama di Eropah.

“Saya harus fokus dan mencari formula terbaik bagi mendapatkan rentak untuk mematahkan serangan lawan atau menumpaskan pesaing ketika pertandingan,” katanya yang dianugerah gelaran Woman Fide Master (WFM) oleh Badan Catur Dunia (FIDE) tahun lalu, sekali gus mencipta rekod tersendiri apabila menjadi penerima termuda di negara ini.

Kecemerlangan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama di Sungai Buloh, Selangor sepanjang 2009 mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran apabila dianugerahkan Tunas Harapan Puteri Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo, baru-baru ini.

Penganugerahan itu dibuat berikutan kejayaannya sepanjang tahun lalu seperti merangkul dua pingat emas Kejohanan Asean Peringkat Umur di Hue, Vietnam dan johan Kejuaraan Catur Junior Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Untuk tahun ini, Nur Najiha berpeluang mewakili Malaysia ke Kejuaraan Catur Remaja Dunia di Greece pada Oktober lalu dan membawa cabaran negara ke Asean Primary School Sports Olympiad (APSSO) di Jakarta, Indonesia.

Anak ketiga daripada empat beradik itu mendapat tunjuk ajar daripada bapanya, Azman Hisham Che Doi, 44, yang juga pemain dan peminat catur selain menerima sokongan kuat ibunya, Zazaluma Harun, 42.

Bercerita mengenai minatnya terhadap permainan itu, Nur Najiha berkata, dia didedahkan kepada permainan itu sejak kecil dan minatnya bercambah apabila sering melihat dan mengikut bapa bermain serta menyertai pertandingan catur.

Semakin minatnya mendalam, dia mula mempelajari sehingga yakin untuk menyertai pertandingan peringkat umur hingga terpilih mewakili Selangor dan negara.

“Saya perlu melipat gandakan usaha kerana cuma ada setahun lagi bersaing untuk peringkat bawah umur 12 tahun, selepas itu saya akan bertanding bagi kategori terbuka yang mempunyai lebih ramai pesaing.

“Saya sentiasa membahagikan masa antara latihan dan pelajaran setiap hari supaya kedua-duanya tidak ketinggalan kerana catur memang minat saya, manakala kerjaya doktor menjadi cita-cita saya,” katanya yang juga pernah menyertai Kejuaraan Catur Remaja Dunia di Kemer-Antalya, Turki pada November tahun lalu.

Menurutnya, kesempatan bertanding pada kejuaraan dunia di Greece baru-baru ini memberi peluang kepadanya mendapatkan bahan rujukan permainan catur bagi mengasah kemahiran.

Bapanya juga mengesan kelemahan hingga gagal menyinar dalam pertandingan itu apabila sekadar menduduki tempat ke-38 daripada lebih 100 peserta dari seluruh dunia, sedangkan sasarannya adalah meraih tempat dalam kelompok 10 terbaik.

“Ayah banyak beli buku permainan catur untuk rujukan bagi memantapkan permainan dan diharapkan dapat menunjukkan peningkatan dan lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya yang menyimpan hasrat meraih gelaran Women International Master (WIM) yang juga gelaran tertinggi bagi pemain catur wanita.


PROFIL
NAMA: Nur Najiha Azman Hisham
UMUR: 11 tahun
LAHIR: 6 Januari 1999 di Sungai Buloh, Selangor
PENDIDIKAN: Tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama, Kuala Selangor
HOBI: Bermain catur dan membaca
PENCAPAIAN: Women Fide Master (WFM), dua pingat emas Asean Age Group Championship 2009 dan tempat kedua National Junior Championship 2009
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Ralat : Gelaraan tertinggi untuk wanita ialah Women Grand Master (WGM) tapi GM Judith Polgar merupakan wanita pertama mendapat Grand Master (GM) dari kalangan Grandmaster terbuka iaitu pemain lelaki. Manakala WIM merupakan kedua tertinggi antara pemain catur wanita. Lihat petikan di bawah untuk rujukan.
From Wikipedia, the free encyclopedia

The title Grandmaster is awarded to strong chess players by the world chess organization FIDE. Apart from World Champion, Grandmaster is the highest title a chess player can attain. Once achieved, the title is held for life. In chess literature it is usually abbreviated to GM (similarly, FM stands for FIDE Master and IM for International Master). The abbreviation IGM for International Grandmaster can also sometimes be found, particularly in older literature.
GM, IM, and FM are open to both men and women. In 1978 Women's World Champion Nona Gaprindashvili became the first woman to receive the GM title, by a special decision of the international chess federation (FIDE). The first woman to qualify for the men's title through achievement in tournament play was Susan Polgar in 1991. Since about 2000, most of the top 10 women have held the GM title. A separate gender-segregated title, WGM for Woman Grandmaster, is also available. It is awarded to women who attain a level of skill between that of a FIDE Master and an International Master.
FIDE awards separate Grandmaster titles to composers and solvers of chess problems (see list of grandmasters for chess composition). The International Correspondence Chess Federation awards the title of International Correspondence Chess Grandmaster (ICCGM).

No comments:

Post a Comment