Malaysia dinobat juara APSSO
MALAYSIA muncul juara keseluruhan pada kejohanan Sukan Olimpiad Sekolah Rendah (APSSO) lalu.
Dalam 13 acara sukan disertai, kontinjen negara meraih sembilan pingat emas, satu perak dan lima gangsa.
Negara diwakili 26 atlet memenangi pingat emas dalam bola sepak, badminton, catur dan olahraga kanak-kanak.
Kejayaan itu turut diraikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kejohanan keempat itu disertai Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Ia program strategik dirangka Departmen Pendidikan Nasional Indonesia untuk membangunkan sukan pada peringkat awal.
Kejohanan juga memberi peluang murid bawah umur 13 tahun memperagakan keupayaan terbaik mereka dalam bidang sukan dan membina persahabatan kukuh dalam kalangan murid negara Asean. - Bernama
HAPPY REUNION WITH UTEP COUPLE ZACK J & FIZAH AFTER SG BATU ARCHEOLOGY SITE
VISIT ON 1st March 2024
-
Alhamdulillah
Dalam perjalanan balik ke Lembah Kelang dari Coti Coti Pi Kedah pada hari
Jumaat lepas, 1 Mac 2024, berkesempatan bertemu dan berjumpa deng...
1 month ago