Saturday, February 6, 2010

CATUR DAPAT HARAPAN DI MSSM


Satelah terkontang konting apabila catur pada awal tahun terkeluar dari kalender MSSM bersama 10 pemainan yang di gugurkan, tetapi semalam Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan berita gembira yang 11 acara tersebut bersama catur di masukkan semula dalam kalender MSSM. Dengan itu maka catur boleh bernafas semula.

Nampak beberapa blog telah menyiarkan berita tersebut dan semua pihak harus bershukur bahawa catur tidak di kambing hitamkan atau di pinggirkan, akan tetapi semua pihak harus berhati hati apabila mengatur programme pembangunan yang sepatutnya tidak membazir tetapi harus membawa menafaat kepada pembangunan bukan setakat mengadakan kejohanan sahaja.

February 04, 2010 15:44 PM

Muhyiddin Umum Peruntukan RM89 Juta Untuk Sukan Dan Kokurikulum Di Sekolah


JOHOR BAHARU, 4 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu akan memastikan kesemua 24 bidang sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur.

Muhyiddin berkata, di antara 24 bidang sukan terbabit termasuklah boling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, sukan layar, bola lisut, bola baling, merentas desa dan CATUR

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar balik ke sukan oleh kementerian akan diterjemahkan dengan penambahan peruntukan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembinaan infrastruktur sukan seperti padang di sekolah-sekolah.

Pembangunkan infrastruktur sukan di sekolah di utamakan. Catur hanya memerlukan meja, keusi dan bilik kecil sahaja berbanding sukan lain.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya sedang di dalam proses untuk mewujudkan satu Institut Pendidikan Guru Malaysia Sukan (IPGM Sukan) khusus untuk menghasilkan jurulatih sukan di kalangan guru di dalam masa terdekat ini.

Katanya, empat lagi Pusat Kecemerlangan Sukan di kampus IPGM sedia ada di Johor, Terengganu, Sarawak serta Sabah akan diwujudkan sebagai "penghubung" kepada IPGM Sukan Raja Melewar, Seremban.

Seramai 320 calon jurulatih akan menjalani latihan merangkumi lapan bidang sukan bermula pertengahan tahun depan (diharapkan jurulatih catur juga akan di lahirkan bersama)

--BERNAMA

1 comment: