Monday, February 22, 2010

INSPIRASI

Warisan

 
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
**Merisik Khabar** Sudirman/Manan Ngah/Habsah Hassan

Terkapar-kapar ku kelemasan     
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu…
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu…
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu…

Hari ini 22 Febuari 2010 genap sudah 18 tahun, hilang nya sebuah ikon permata inspirasi pencita seni Melayu. Sifu masih ingat melihat kelibat lincah nya di Chow Kit, di Ampang Park, di Sukan SEA  dan di RTM bagaimana lagu lagu nya merisik naluri, bagaimana lagu lagu nya menjadi siulan dan berkumandang setiap kali Merdeka dengan 31 Ogos dan berhari Raya dengan balik kampong,  Sifu menulis sebab Sifu meminati lagu dan nyanyian nya.
Sudirman, anak Melayu Malaysia, yang pertama di Albert Hall, London , pertama sebagai Penghibor No.1 Asia menjadi ikon sepanjang zaman dengan lagu lagu berunsur patrotik, rakyat dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment