Friday, February 19, 2010

MENCARI PEMAIN OKU BARU


Kini sudah tiba masa nya Sifu harus mencari pemain pemain baru cacat penglihatan dan cacat anggota dalam persediaan ke Paragames Ke 6 di Bandung nanti.  Yang nak di pertahankan ialah 8 butir Emas, beberapa pemain telah menyatakan hasrat tidak mahu pergi ka Bandung nanti di sebabkan kesihatan, masalah cuti, sudah mencapai emas idaman jadi memberi peluang kepada pemain baru dan hasrat MSN agar tumpuan patut di beri terhadap pemain muda.
Semua pihak boleh berperanan untuk mencadangkan pemain pemain muda baru yang masih belum di pertengahkan lagi, mungkin diadakan kejohanan khas untuk mereka di bawah 20 tahun sahaja untuk mencari pemain baru dan umur kelayakkan adalah 15 tahun pada 2011 nanti.
 

Sifu merasakan mendedahkan anak muda terus kejohanan luar negara tanpa bimbingan dan sokongan pemain berpegalaman juga tidak atau mungkin akan menjadi realiti, tapi penglibatan pemain baru amat di perlukan serta mencari pemain dedikasi dan berdisiplin.  Begitu juga dengan jurulatih, sebanyak lapan jurulatih di perlukan 4 + 4 lelaki dan wanita, satu kursus dan bengkel kejurulatihan  akan di adakan  tahun ini untuk melahirkan jurulatih berkualiti selain dari mereka yang terlibat selama ini saperti Asmah Hambadly, Roslina Marmono, Hashim Jusuh, Rizal Ahmad Kamal, Abdul Haq Mohamad dan sifu sendiri.
Program mencari dan melatih adalah pekara utama tahun ini selain dari rancangan untuk membawa Kejohanan Asia OKU ke Malaysia yang masih menunggu kebenaran dari pihak pemeggang hak di peringkat Asia.  Tapi semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa penglibatan semua pihak iaitu MPM, MSN, pemain dan jurulatih, pintu penglibatan sentiasa terbuka untuk sesiapa yang berminat bekerjasama dengan OKU bukan setakat bercakap kosong atau menunjuk muka untuk media sahaja tapi OKU memerlukan orang dedikasi dan memahami serta menyangi OKU.  Amanah ini yang perlu di pikul oleh mereka yang ingin menjadi satu pasukan berjaya dan di berkati Allah kelak.


1 comment:

  1. amat baik.. tapi harap proses pemilihan yang lebih teratur dan sistematik perlu diadakan.. mungkin boleh buat sistem points berdasarkan keputusan dalam pertandingan yang disertai....

    para jurulatih pula perlu sentiasa berhubung dengan pemain walaupun selepas tamat latihan pusat atau sesi pemilihan bagi memantau progress pemain...

    berdasarkan pengalaman lepas, hanya beberapa orang jurulatih dan pemain saja yang komited datang ke latihan pusat sedangkan nama dalam senarai ramai.. jadi komitmen antara jurulatih dan pemain itu sendiri perlu seiring..

    Teruskan usaha SIFU dalam memartabatkan catur OKU...

    ReplyDelete