Hari ini, 12 Feb.2010, selama tiga jam Sifu telah berbicara dengan dua mahasiswi dari Universiti Malaya, Nur Zubillah binti Azis dari Perlis dan Fateen Najwa Anis binti Khazali dari Kedah. ( adalah yang kedua kali Sifu bercakap dan berbicara mengenai penglibatan Sifu dan Paralimpik OKU, tahun lalu Aidiah Ismail telah memilih bidang Catur Paralimpik dalam kajian mereka untuk Ijazah Sain Sukan dan kejurulatihan, Sifu doakan kejayaan mereka dan terima kasih memilih bidang catur Paralimpik dan Sifu untuk berbicara.
Farah AF mencuba catur braille
Sifu rasa amat bertuah dapat bersama OKU bermula dengan orang cacat penglihatan bersama Mah Hassan Omar awal 80an dahulu. Catur dengan OKU bermula di Kejohanan Catur OKU di Dayabumi dengan PCMM dibawah kepimpinan Ir Wan Mohd. Yusuf Wan Othman. Dayabumi dengan Daya Urus mengadakan kejohanan dan ketika itulah Sifu mengenali begitu ramai pemain catur OKU saperti Fazimi , Hamzah, Idris, Mahadir, Mah Hassan, Rahmah dan paling di ingati Syed Ahmad dari Perlis.
Syed Ahmad merupakan pemain cacat anggota yang bergerak dengan kerusi roda dan di bantu oleh isteri nya, tetapi cergas untuk menjadi seorang penulis skrip dan pemain catur handalan , kini beliau telah meninggal dunia dan Perlis telah hilang sebutir permata ketika itu.
Sifu ketika berada di Perlis untuk Kejohanan Master Melatu PCMM, Sifu sempat bersua Syed Ahmad di kediaman nya di Arau tapi sayang Sifu tidak memiliki gambar Syed Ahmad atau gambar gambar ketika era kegemilangan PCMM ketika itu, jadi Sifu pohon andaikata ada sesiapa memiliki gambar boleh email pada sifu.mycatur@gmail.com untuk di muat turun dalam blog ini..
Kejohanan ketika itu bermain dalam suasara riang gembira dengan lagu di dendangkan ketika bermain, orang cacat penglihatan kemudian di jemput untuk bermain bersama pasukan biasa lain dalam Kejohanan Berpasukan Merdeka ketika Sifu bersama Jawatankuasa Penganjur dan ini semua hilang bila Pasukan OKU tidak di jemput tapi perlu membayar untuk penyertaan.
Berpasukan Merdeka ketika itu di bawah pengelolaan PCMM amat perihatin dengan OKU dan sambutan merdeka penuh dengan kemesraan semangat kebangsaan antara negeri negeri yang mengambil bahagia. Di mana hilang nya semangat ini perlu di tanya dengan pengelola ketika ini yang wang , keuntungan, isi kantoi adalah yang utama melibihi dari semangat Merdeka. Tapi MCF masih kerkontang kanting dengan anak buah yang mewakili negara kena bayar sendiri, inilah nasib catur dan pemain yang bergelar pemain negara, umpama kera di huta disusukan anak sendiri kelaparan.
Sebab inilah Sifu membuat keputusan biar apa yang berbicara di belakang, Sifu mahu majukan catur OKU dan Paralimpik. Alhamdulillah, kini impian Sifu sudah tercapai untuk memberi sebutir emas untuk Mah Hassan dan mentor NM Choo Min Wang. NM Choo bukan mendapat satu tapi tiga butir pingat emas dua di kategori perseorangan B2 dan Campuran B1 B2 dan pasukan campuran B1B2.
Pada keseluruhan nya catur Paralimpik telah mendapat 10 pingat emas ini Sifu ingin ucapkan terima kasih dengan mereka yang mempercayai impian ini bersama Sifu - Rizal Ahmad Kamal, Hashim Jusuh, Abdul Haq Mohamad, Shamsuddin Isa, Fadli Zakaria, Ghazali Che Kob, Asmah Ahmad Hambadly, NWM Roslina Marmono, Haslindah Ruslan, NWM Khairulnisa Wahiduddin ia itu jurulatih jurulatih catur yang telah membantu Sifu mengorak langkah ke arah 10 butir emas tersebut.
Sifu berfungsi untuk mencapai impian bersama yang masih menjadi impian untuk catur biasa, selagi catur di pinggir selagi persatuan catur berpolitik sahaja, selagi yang berkuasa hanya nak bertakta tapi tidak mahu bergerak kehadapan selagi itulah catur akan merempat dan menjadi peminta sedekah, tapi adalah langkah Paralimpik dan OKU betul mungkin bukan OKU terlalu anggkuh untuk berkata sebab selama ini tidak ada terkeluar kata pujian untuk OKU dari yang berkuasa di catur, mungkin catur Paralimpik tidak perlu sebab kami ini kan OKU.
The Malaysian 45th Chess Olympiad Budapest Teams in ChessBase India Portal
-
45th Chess Olympiad 2024 Budapest
Surely as a chess enthusiast and former chess blogger, GiLocatur followed
the just concluded 45th Chess Olympiad which...
2 months ago
No comments:
Post a Comment