Tuesday, February 2, 2010

Keperluan Kemudahan OKU Dalam Kejohanan Catur


Salah satu perkara menarik sewaktu Kejohanan Catur KL Junior baru-baru ini ialah kehadiran seorang peserta OKU. Nama beliau ialah Muhammad Tareq Shahir Bin Tarmizi. GiLoCatur berpendapat pihak penganjur kejohanan tersebut sangat peka dengan keperluan OKU dan sekalung tahniah kerana menyediakan kemudahan kepada beliau. Diharap semua penganjur kejohanan catur di negara ini dapat menurut jejak langkah Cikgu Suhairi dan rakan2 beliau dengan menyediakan dan mengambilkira kemudahan dan keperluan pemain catur OKU seperti Shahir.


Shahir bermain dalam kategori Bawah 12 Tahun Lelaki. Beliau berjaya menduduki tangga ke 19 dari sejumlah 50 orang peserta dengan mengutip 3.5/6 mata. GiLoCatur percaya jika Shahir diberi peluang sebaik mungkin, beliau boleh memberi pingat emas kepada negara suatu hari nanti dalam kejohanan sukan paralimpik.

So, Shahir, keep practicing, learning and participating in chess tournaments. Best of luck from Uncle GiLoCatur.


No comments:

Post a Comment