Thursday, March 17, 2011

Perlis Open_30 April 2011 & Gula Open_1 May 2011

Pada 1Mei cuti Hari Buruh, Perlis melambai anda peminat catur untuk ke utara  bermula 30 April untuk dua kejohanan macam dua dalam satu.

1.  Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Ke-68, terdapat 2 kejohanan catur yang akan diadakan secara berturut-turut di negeri Perlis. Pada 30 April 2011, Perlis Chess Academy akan menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka Perlis 2011. 
2.  Manakala pada 1 Mei 2011 pula, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd akan menganjurkan Gula Perlis Open Chess Challenge 2011. Ke dua-dua kejohanan tersebut akan diadakan di Dewan Warisan, Kangar, Perlis (lokasi yang sama di mana kejohanan tahun lepas diadakan).
3.  Asrama Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis dengan kadar sewaan serendah RM11 bagi malam pertama dan RM7 bagi malam seterusnya. Tempahan adalah bagi tempoh antara 29 April hingga 2 Mei sahaja. Tempahan boleh dibuat menerusi saya dengan mengkreditkan bayaran penginapan lebih awal. Tarikh tutup bagi tempahan Asrama Belia adalah pada 20 April 2011.

4.   Manakala bagi peserta yang ingin menginap di Hotel Sri Malaysia, Kangar pula, kadar promosi sebanyak RM100 semalam (bilik standard) ditawarkan. Tempahan juga boleh dibuat menerusi kaedah yang sama dan tertakluk kepada kekosongan bilik.

Bersama ini dilampirkan brosur kejohanan untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Harapan saya agar tuan dapat membantu mempromosikan kejohanan tersebut dengan menyiarkannya dalam blog/laman web tuan. Semoga dengan kerjasama tuan dalam mempromosikan kejohanan ini dapat membantu menjadikan penganjuran tahun ini lebih meriah dan cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sekian. Terima kasih.

Syaifulzamani bin Ismail
Tel : 013-3939838



2 attachments — Download all attachments  
Maklumat dan Borang Penyertaan 2011.docMaklumat dan Borang Penyertaan 2011.doc
175K   View   Download  
Gula Perlis Open Chess Challenge 2011 Flyers.docGula Perlis Open Chess Challenge 2011 Flyers.doc
96K   View   Download  

No comments:

Post a Comment