Friday, April 15, 2011

BERITA TERKINI TERBUKA PERLIS/GULA PERLIS OPEN 2011

Venue kejohanan telah ditukar dari Dewan Warisan ke Dewan Belia, Kangar (di hadapan Hospital Tuanku Fauziah). Memandangkan lokasi baru ini lebih kecil, ia hanya mampu menampung sehingga 200 peserta sahaja.

Sehubungan dengan itu, semua pemain yang berminat disyorkan agar menyempurnakan penyertaan dengan kadar yang segara kerana tempat adalah terhad.

Semua pertanyaan atas perubahan sila hubungi Syaiful Zamani.


---  Syaiful Zamani <syaiful_asyraf@yahoo.com> wrote:

Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Ke-68, terdapat 2 kejohanan catur yang akan diadakan secara berturut-turut di negeri Perlis

Pada 30 April 2011, Perlis Chess Academy akan menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka Perlis 2011.

Manakala pada 1 Mei 2011 pula, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd akan menganjurkan Gula Perlis Open Chess Challenge 2011. 

Kedua-dua kejohanan tersebut akan diadakan di Dewan Warisan, Kangar, Perlis (lokasi yang sama di mana kejohanan tahun lepas diadakan).

Bagi memudahkan para pemain catur dari luar Perlis menyertai kejohanan ini, pihak penganjur telah menempah asrama Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis dengan kadar sewaan serendah RM11 bagi malam pertama dan RM7 bagi malam seterusnya. Tempahan adalah bagi tempoh antara 29 April hingga 2 Mei sahaja. Tempahan boleh dibuat menerusi saya dengan mengkreditkan bayaran penginapan lebih awal. Tarikh tutup bagi tempahan Asrama Belia adalah pada 20 April 2011.

Manakala bagi peserta yang ingin menginap di Hotel Sri Malaysia, Kangar pula, kadar promosi sebanyak RM100 semalam (bilik standard) ditawarkan. Tempahan juga boleh dibuat menerusi kaedah yang sama dan tertakluk kepada kekosongan bilik.

Bersama ini dilampirkan brosur kejohanan untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Harapan saya agar tuan dapat membantu mempromosikan kejohanan tersebut dengan menyiarkannya dalam blog/laman web tuan. Semoga dengan kerjasama tuan dalam mempromosikan kejohanan ini dapat membantu menjadikan penganjuran tahun ini lebih meriah dan cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sekian. Terima kasih.

Syaifulzamani bin Ismail
Tel : 013-3939838

No comments:

Post a Comment