Friday, March 5, 2010

TIADA MODERATOR UNTUK KEJOHANAN CATUR

Sifu terima beberapa pertanyaan
1. Mengapa MCF kenakan bayaran RM2 setiap peserta untuk mengadakan kejohanan national rated ?
2. Apa faedah kejohanan ada tag Rated ?

Menjadikan rated ada banyak faedah iaitu setiap pemain akan dapat di beri nilai kekuatan  relative skill levels dan nilai ini akan menjadi nyata salepas beberapa kejohanan (FIDE gunapakai 30 permainan), sifu tidak tahu apa mekanisma ukuran yang di guna pakai oleh pihak MCF terutama K-factor 32 ?, 25 ?, mungkin MCF boleh memberi komen atas pekara ini.

Tapi harap faham rating ini berbeza antara kejohanan 45 minit ++ dari kejohanan 25 atau 15 minit.  Semua pemain ini tidak boleh di kumpulkan sebagai satu rating, tapi apa yang di lihat kini senarai rating itu ada satu sahaja jadi Sifu anggap semua rating ini telah di pukal sekali, inilah kelemahan nya kalau di satukan tapi semisti nya MCF mahu satu senarai sahaja

Jadi penganjur hendak tarikan rating sebagai satu daya penarik mungkin terkejut bila kena bayar RM2 setiap peserta sepatut nya MCF hanya kenakan bayaran yuran kejohanan RM 100 untuk rating sebab rating kini semua sudah dikira secara automatik dengan kegunaan sistem pairing Swiss manager atau yang lain di mana rating di kira secara automatik. Dulu memang di kira secara manual satu persatu jadi bayaran ini untuk kewangan MCF !!

3.  Kini Kejohanan Catur amat laris sekali kalau di tengok dari senarai kejohanan sepanjang tahun 2010 tapi siapa yang jadi moderator tarikh kejohanan kini ?
Tengok penganjur bantai saja atau sebelum tu kena tengok blog tu blog ni kalau kalau tarikh tersebut telah di tempah ! Lagi banyak kejohanan lagi bagus tapi kalau penganjur nak buat keuntungan  elok di elakkan pertembungan , ini lah masalah utama tiada moderator sebab MCF tidak mempunyai kawalan atau gigi untuk menjadi moderator.

Punca nya MCF tiada kuasa atau peruntukkan kawalan, ia hanya boleh nasihat sahaja katakan ada penganjur yang mempunyai kewangan, ia boleh buat kejohanan dengan tarikan bayaran penyertaan murah dan hadiah lumayan dan tidak ada kuasa untuk menahan penganjur tersebut.  Kini penganjur sendiri cuba mengelakkan pertembungan untuk mencari penyertaan yang ramai jadi terpaksa mengawal sendiri.

Mungkin blogger saperti Gilocatur yang patut jadi moderator ini, itu pun kalau semua penganjur mengirim maklumat awal untuk disediakan kalender catur 2010/2011, kini ada beberapa blog yang telah senarai kejohanan sepanjang 2010 dan update selalu jadi dicadangkan agar kalender catur ini diselaraskan dan di edar kepada semua blog catur secara email atau di blog dengan kebenaran,  sifu hanya senaraikan kalau ada pengirim nya dan tidak mahu senaraikan masalah tunda yang telah berlaku beberapa kali tahun lalu.

1 comment:

  1. rasanya tak perlu ada moderator utk penganjuran kejohanan.lagi byk, lagi meriah.dengan budi bicara ant penganjur,tarikh boleh dibincang.kalau clash pun,itu adalah saingn yg sihat dan mungkin juga sabotaj.penganjur perlu berusaha utk menarik peserta menyertai kejohanan mrk dgn cara mrk sendiri spt tawaran hadiah2 menarik,hadiah percuma kpd peserta awal dsb.peserta skrg dah pandai menilai & berhak memilih mana2 tourney yg ingin disertai.
    utk senarai aktiviti catur di Malaysia, saya rasa kalendar di kelab stonemaster adalah yg terbaik setakat ini.

    ReplyDelete