Separuh markah kokurikulum untuk sukan mulai 2011
17/03/2010
KUALA LUMPUR 17 Mac – Mulai tahun depan, separuh daripada 10 markah penglibatan kokurikulum pelajar akan diperuntukkan kepada aktiviti sukan.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu di pejabatnya di Parlimen, berkata, keputusan itu sebagai langkah menggalakkan pembangunan sukan di peringkat sekolah. – Utusan
JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu akan memastikan kesemua 24 bidang sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur.
"Pada peringkat awal, banyak pihak merasa kecewa berikutan keputusan MSSM mengenai pemotongan itu (acara sukan) tetapi saya telah mengeluarkan arahan supaya acara-acara itu dimasukkan semula."
"Peruntukkan RM89 juta itu akan digunakan di setiap sekolah dan acara-acara sukan itu dapat digerakkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah stadium dan kompleks sukan Educity@Iskandar di Nusajaya, hari ini.
Muhyiddin berkata, di antara 24 bidang sukan terbabit termasuklah boling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, sukan layar, bola lisut, bola baling, merentas desa dan catur.- Bernama
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu akan memastikan kesemua 24 bidang sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur.
"Pada peringkat awal, banyak pihak merasa kecewa berikutan keputusan MSSM mengenai pemotongan itu (acara sukan) tetapi saya telah mengeluarkan arahan supaya acara-acara itu dimasukkan semula."
"Peruntukkan RM89 juta itu akan digunakan di setiap sekolah dan acara-acara sukan itu dapat digerakkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah stadium dan kompleks sukan Educity@Iskandar di Nusajaya, hari ini.
CATUR ACARA SUKAN DI SEKOLAH
Melihat dari kedua petikan diatas maka catur adalah sukan mengikut istilah Menteri Pelajaran, jadi ini merupakan pengiftirafan catur sebagai sukan di peringkat sekolah. Pewntimng nya semua pihak yang terlibat harus melihat nya sebagai positif yang catur telah di terima sebagai satu daripada acara sukan di peringkat sekolah.
Ini mungkin menjadi pemangkin untuk pembangunan catur sebagi sukan di pihak Kementerian Belia dan Sukan pula untuk menerima catur sebagai sukan. Ini masalah utama kerana catur tidak di letakkan sebagai sukan elit sebab tidak mendapat tempat di Sukan Asia, Sukan Komenwealth atau Sukan Olympik, untuk acara sukan normal pun saperti di Sukan Asean juga mengharapkan belas kasihan dari tuan rumah dan catur tidak di senarai di Laos tahun lalu.
Inilah peranan yang harus di perjuangkan oleh MCF untuk mertabatkan catur sebagai sukan dan untuk catur di senarai di semua sukan antarabangsa. Malaysia tidak boleh bergerak sendiri tetapi harus mencari rakan dari negara lain yang mahu perjuangkan catur sebagai sukan. - Sifu
No comments:
Post a Comment