Tuesday, March 23, 2010

MENIPU DALAM CATUR 2

Sejak kes Titiwangsa dimana pemenang  di batalkan di Kejohanan Catur DBKL 2010, sifu lihat ia menjadi perbincangan hangat di blog dan komen komen di shoutbox.
Sifu telah menjelaskan mengapa kes awal (lihat Rizal's blog) diatasi dengan tindakan pembatalan atas pekara lain dan sifu tidak menyebut nama sebab bukan bertujuan mengaibkan sesiapa hanya ingin menjelaskan tindakan sifu dan penganjur.
  1. Dengan jelas borang pendaftaran meminta pemain menyatakan ELO rating bukan nasional rating.
  2. Telah meminta semua pemain menyatakan rating ELO mereka di senarai yang di sediakan.
  3. Bila bermula ada pemain tidak menyatakan rating mereka sebab itulah mereka bermain sebagai pemain tanpa rating tapi bila di minta baru beritahu dia mempunyai rating 1600 dan diisikan untuk pusingan seterusnya. (Sabenar nya rating nasional beliau ialah 1684 melebihi syarat kejohanan)
  4. Sebagai penganjur apa yang di nyatakan oleh pemain sepatut nya betul dan benar dan kenyataan itu sebagai bukti benar.
  5. Dilihat pemain remaja terutama anak anak bersekolah telah menulis rating mereka dengan jelas hanya yang dewasa sahaja bertindak liat.  Mengapa ? Apa tujuan ? Hanya pemain tersebut boleh jawap.
  6. Sifu telah menyatakan bahawa rating nasional itu banyak kelemahan nya, apabila tidak memisahkan rating blitz, rating rapid di pukalkan jadi rating nasional.
  7. Apabila mendapat bukti bahawa pemain tersebut mempunyai rating melebihi 1800, sifu dan penganjur tidak teragak untuk membatalkan kemenangan nya dan telah memulangkan yuran penyertaan dengan penuh.
Dengan penjelasan  ini sifu mengharapkan pekara ini tidak di perlecehkan atau mengaibkan sesiapa tapi menjadi pengajaran kepada semua pemain yang mereka hendaklah menang dengan cara atas papan 64 itu mengikut peraturan yang di tetapkan.


Sifu ingin senaraikan beberapa pekara yang pernah berlaku yang telah di lihat sendiri dari kategori yang meragukan yang boleh di senarai sebagai cheats.
  1. Seorang pemain terkemuka telah menulis nasional rating nya bukan ELO Fide nya maka beliau di letak di tempat ke 25, yang sepatutnya di tempat ke 4.  Apa tujuan nya ? Menipu ? Mungkin !! Tapi menukarnya bila ada pemain lain buat teguran dan bantahan. Jadi malu alah .
  2. Pemain ini kerap kali menjatuhkan jam ketika menekan dengan kuat agar merosakkan jam atau memaksa jarum dijatuhkanm lebeh awal.
  3. Ada beberapa pemain yang di tuduh kerap kali membuat kecoh dengan jam atau pergerakan dalam masa kritikal untuk mengalihkan perhatian atau sengaja bermain psycho.
  4. Ada pemain terkemuka telah menuduh seorang kanak kanak 8 tahun menipu dalam simul bila beliau di kalahkan tapi mungkin ada pemain yang menipu dalam simul.
  5. Dalam permainan blitz kerap kali di lihat penipuan dalam permainan dengan membuat pergerakan yang illegal tapi tidak disedari oleh lawan.
  6. Seorang pemain terkemuka telah menuduh lawan bermain psycho dengan menenung muka nya dan memanggil arbiter untuk membuat tuduhan tersebut. Dia yang main psycho !!
  7. Pemain ini dengan sengaja berbincang dengan jurulatih nya dalam bilik air ketika permainan sedang berjalan.
  8. Memakai baju see-thru tanpa coli oleh seorang pemain terkemuka negara jiran untuk pyscho lawan.
  9. Membuat isyarat dengan jurulatih untuk sesuatu pergerakan.
  10. Menulis pergerakan yang di rancang bukan yang di main untuk mencuri kemenangan apabila di lihat lawan tidak tahu menulis dengan betul.
  11. Arbiter bersekongkol dengan pemain untuk ganjaran kemudian.
  12. Berpakat sesama sendiri agar mendapat tempat dan kemenangan.  Menipu? Halal ?
  13. Pemain catur tidak beretika atau berdisiplin selalu nya yang membuat hal dan masalah ketika bermain atau salepas bermain dengan mencuba mendirikan benang yang basah di shoutbox dengan menyamar ingat Allah maha kaya maha adil maha mengetahui.
Banyak cara dan muslihat berlaku tapi semua ini boleh di hentikan kalau pemain dan lawan dapat bermain dengan akal bukan perasaan, mendapat kemenangan diatas papan bukan secara psycho atau muslihat.
Lihat blog blog berikut untuk tahu cara untuk mengatasinya atau mengelakan pekara berulang.


  • http://sicilian-najdorf.blogspot.com/2010/03/chess-cheat-blacklist-there-are.html#links

    • www.christilling.de/brainpoo/2005/10/cheating-at-chess.html
    • www.seniorchess.zoomshare.com/ 
    • www.chess.com/forum/view/suggestions/rating-problemcheating
    •  blog.chess.com/kurtgodden/chess-cheaters 
    • www.redhotpawn.com/board/showthread.php?threadid=67177 
    • blueeyedrook.blogspot.com/2005/12/cheating-what-is-it.html 



    No comments:

    Post a Comment