Tuesday, March 9, 2010

Pesta Catur Braille 21 MAC

Set Catur Braille yang mengikut Standard
Pada 21 Mac ini, akan ada kejohanan catur braille untuk kategori
1. OKU Cacat Penglihatan (2 OKU + 1 normal Rating bawah 1200) RM 60
2. OKU Cacat Anggota/bisu/lain (2 OKU + 1 normal Rating bawah 1200) RM60
3. Sekolah Rendah bawah 12 tahun.(Terbuka) RM 30

Di Stadium Tertutup Titiwangsa DBKL
Bermula jam 8.30 pagi - 6 petang.

KL Braille dalam kenyataan menyatakan hadiah terkumpul ialah RM 12,000.00 woi pasti hebat.  Sudah beberapa pasukan telah mendaftar dan ingi9n di ingatkan setiap pasukan boleh mengambil seorang bukan OKU sebagai anggota ke tiga dalam pasukan asalkan pemain itu tidak mempunyai rating melebihi 1200.  Ini afdalah untuk mengalakkan interaksi anta OKU dan orang biasa.
Sekolah Rendah boleh mengambil bahagian berpasukan  tanpa melibatkan pemain OKU, ini adalah peluang untuk pasukan sekolah mengorak langkah awal untuk merebut peluang berlatih dalam persedian untuk kejohanan MSSM kelak.
 
Set Braille tidak mengikut ukuran standard tapi diguna di kejohanan

Sifu ingin nyatakan kejohanan ini akan merupakan satu dari siri pemilihan untuk pasukan catur paralimpik jadi sesiapa berminat untuk menjadi pemain paralimpik harus mendaftar untuk mengambil bahagian dan beberapa jurulatih akan hadir untuk meneliti permainan.

Catur Braille memerah otak untuk menajamkan minda
Paralimpik Malaysia mungkin akan diadakan pada 8 - 15 Julai 2010 di Melaka dari risikan sifu, tapi masih menunggu pengumman rasmi dari semua pihak terlibat.  Walau bagaimana pun di harap semua jurulatih negeri patut sudah bersedia dengan pilihan, jadi semua pemain yang berminat dengan sukan catur paralimpik harus menghubungi jurulatih negeri atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Majis Sukan untuk mendaftar.

No comments:

Post a Comment