Thursday, March 18, 2010

TERENGGANU HARGAI ATLET PARALIMPIK

Pada 15 Mac lalu, sifu telah menemankan Mah Hassan Omar dan Norain Fatihah Mohd. Yusuf di Kuala Terengganu untuk Majlis Penyampaian Insentif 5th. Asean Paragames.
 Datuk Abdul Rahin
Terima kasih Terengganu kerana menghargai atlet nya yang mewakili negara Malaysia di sukan Asean Paragames KL09 lalu.
Seramai 9 atlet telah di beri insentif sebanyak RM 700 untuk pingat Emas, RM 600 untuk pingat Perak dan
RM 500 untuk pingat Gangsa.
Penerima Insentif
Sukan catur telah di wakili oleh Mah Hassan Omar dan Norain Fatihah Mohd Yusof, kedua nya dari kategori cacat penglihatan dan kedua nya mendapat 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa.
Mah Hassan dapat Emas dalam kategiri Berpasukan B1 B2 dan B3 dan Gangsa dalam kategori Cacat Penglihatan Perseorangan B1.
Norain Fatiha dan Mah Hassan, wakil catur
Norain pula dalam kategori B1B2 dan B3 Berpasukan manakala Pingat Gangsa dalam kategori B2 Perseorangan.
Insentif telah di sampaikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said, Exco Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu di Terengganu Ekuestrian Resort, Kuala Ibai,  Kuala Terenganu.
Tahniah untuk Mah Hassan dan Norain dan di harap akan terus cermelang di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment