Friday, November 18, 2011

Utusan Malaysia Online - Sukan

Utusan Malaysia Online - Sukan

Usia muda tidak halang Najiha sumbang gangsa

PALEMBANG - Umur 12 tahun tidak menghalang Nur Najiha Azman Hisham untuk mengetepikan pencabar yang lebih tua daripadanya bagi meraih pingat gangsa dalam acara catur campuran standard individu di sini, semalam.
Nur Najiha, yang merupakan atlet termuda acara itu meraih pingat pertama catur pada Sukan SEA selepas bergandingan dengan Lim Yee Weng. Mereka menewaskan pasangan Myanmar, Zaw Oo-May Hsu Lwin 1.5 - 0.5.
Biarpun mensasarkan emas, dia tetap gembira pulang bersama pingat gangsa memandangkan ini adalah penampilan pertamanya di Sukan SEA.
"Saya sudah banyak kali mewakili Malaysia sejak darjah empat, jadi beraksi di Sukan SEA tidak menggentarkan saya walaupun berdepan pemain yang lebih tua daripada saya," katanya.
Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama, Kuala Selangor itu sudah diperkenalkan dengan catur sejak usia enam tahun oleh bapanya Azman Hisham Che Doi sehingga berjaya mewakili Malaysia.
"Ketika bermain sesiapa pun boleh buat silap, jadi umur buka penghalang pemain muda memberi saingan kepada pemain dewas
Tahniah NAJIHA DAN TAHNIAH UNTUK 5A UPSR kejar jadi juara dunia dan GM sabelum mulakan pengajian perubatan kelak. Tahniah untuk kedua ibu bapa yang telah merintis kejayaan ini.

No comments:

Post a Comment