1. KUPAS BAWANG
untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang dalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yang bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN
Masukkan Ubi Kentang yang dipotong dadu atau buah pisah mudah yang dihiris
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukkan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan Cili Kering di dalam bekas beras dan gaul
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pastikan niat yang ikhlas beserta doa yang baik-baik, kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup
8 AIR BERASAir buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.
9. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya- Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.
10 . BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak menggunakan periuk biasa, masak tujuan kenduri ataupun majlis boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
No comments:
Post a Comment