Monday, December 12, 2011

Kosmo! Online - Terkini

Kosmo! Online - Terkini

TERKINI

Catur Asia: Perak taja pemain berusia 4 tahun

12/12/2011 7:24pm

IPOH – Kerajaan negeri Perak bersetuju menaja keseluruhan kos bagi membantu Puteri Rabiatul Adawiyah Mat Zaki menyertai Kejohanan Catur Sekolah Asia kali ke-7 di New Delhi, India, pada 16 hingga 23 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, langkah itu diambil oleh kerajaan negeri atas kecemerlangan Puteri Rabiatul Adawiyah yang baru berusia empat tahun dalam acara itu serta merupakan anak negeri Perak.

"Beliau kini berusia empat tahun dan mahir di dalam permainan ini... kita membuat beberapa perlawanan ujian ketika bertemunya minggu lepas dan ternyata Puteri Rabiatul Adawiyah memang berbakat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek tajaan bernilai RM10,000 bagi tujuan itu di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya benar-benar teruja dengan kebolehannya dan berharap lebih ramai anak negeri ini yang berani mencuba pelbagai jenis sukan dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kita mengiktiraf Puteri Rabiatul Adawiyah sebagai mewakili negara ke pertandingan itu... walaupun Persekutuan Catur Malaysia tidak mempunyai peruntukan, kita memberi tajaan sebanyak RM10,000,” katanya.

Katanya, kos berkenaan bertujuan menampung perbelanjaan pemain cilik itu bersama-sama ibu bapanya yang akan berlepas ke New Delhi beberapa hari lagi. – Bernama

No comments:

Post a Comment