Sunday, April 11, 2010

KELUARGA CATUR di TERBUKA UiTM 2010

Keluarga 1: Keluarga Zullkafli
Pasangan bahagia Guru guru Zullkafli Md Daud dan Sofia melakar sejarah apabila dua anak mereka menjadi juara kebangsaan dalam satu tahun NM dan NWM, menjadi tulang belakang pembangunan sukan catur di peringkat sekolah Selangor kini melihat kematangan anak Amira yang menjadi juara wanita di Terbuka UiTM 2010.
Keluarga 2 : Keluarga Nor Azmi Mohd Noor
Pensyarah UiTM dari Terengganu merupakan pemain utama pasukan catur kakitangan UiTM talah menyumbang kepada masyarakat keluarga catur. Satu ketika dulu terutama di Kejohanan PCMM, beliau akan membawa keluarga nya untuk mengejar kejuaraan catur di Malaysia, beliau pernah menjadi juara Melayu serta Master Melayu.

Bila agak nya akan dihidupkan semula kejohanan sebegini yang telah melahirkan ramai pemain saperti Mohd Noor Yahya, Ghalam Sani, Mas Hafizul Helmi, Eliza Hanim, Haliza Hanum, Agus Salim, Mohamad Ali, Ustaz Ali, Rosli Mohd Noor dan ramai lagi akan di adakan semula dan sifu ada terima banyak pertanyaan berkenaan ini. Inshallah akan di usahakan.

Keluarga 3 : Keluarga Alizah Aris
Keluarga terbaru dari Alizah Aris, Olahragawati UiTM 1989 dari sukan catur, pertama catur mendapat tempat, beliau telah di hubungi olah sifu dan terkejut yang mengambil bahagian adalah anak anak beliau buat pertama kali dalam kejohanan catur terbuka.

Keluarga 4 : Keluarga Saleh Latif aka GiloCatur
Seorang penyokong kuat catur dari segi penglibatan dalam permainan dan penulisan catur di blog GiloCatur. Tiga anak nya mengambil bahagian dengan Fikri Saleh mendapat tempat sebagai pelajar terbaik sekolah, catur telah menyatukan keluarga untuk mengembara sambil bermain dan mencari pengalaman catur. Sifu amat tertarik dengan dedikasi beliau terhadap pembangunan catur.

Keluarga 5; Keluarga Mohd Farid aka Keluarga Effa
Keluarga Mohd Farid atau Keluarga Effa amat di kagumi dari Selayang, adik beradik Effa lahir dari ayah seorang jurutera dan ibu seorang pendidik melibatkan keluarga bermain catur dan membuat sensasi untuk membolot hampir setiap kejohanan yang mereka mengambil bahagian kini mereka berjaya dalam pendidikan pula. Rahsia mereka adalah mendapat pendidikan persekolahan di sekolah Cina dan mereka pakar bercakap Mandarin dan dilect bahasa Cina.

Keluarga 6 ; Keluarga Hussin
Keluarga yang dedikasi satu ketika dahulu ialah Bendahari PCMM, En. Hussain dari Shah Alam yang telah mengambil beberapa jurulatih untuk mendidik kedua anak nya Hazril dan Hazrin untuk menjadi juara di Shah Alam dan Selangor.















Keluarga 7 : Keluarga Azhar Kelang
Keluarga yang paling aktif untuk pembangunan catur anak anak nya adalah Azhar Said , sehingga baju pun memberi semangat untuk mengejar kejuaraan, kalau ada bahagian bawah 12 tahun pasti kedua Puteri nya akan menjadi juara.
Azhar amat dedikasi dan melahirkan kebimbangan dengan politik catur masa kini tapi itu tidak menghalang beliau menamam modal untuk membawa anak anak nya di hampir setiap kejohanan catur, yang paling penting anak anak nya amat berminat dengan catur agar satu hari anak anak nya pasti akan berjaya untuk menjadi jaguh Malaysia.

Keluarga 8 : Keluarga Dr. Zamani
Zamani merupakan seorang pemain terkemuka UiTM, kini tiada masa kerana tugas tapi tidak menghalang beliau untuk menghantar dua putra dan puteri mengambil bahagian sebagai persediaan untuk kejohanan sekolah peringkat daerah Petaling. Zamani amat gemari pengunaan perangkap dalam permainan nya dan merupakan seorang pemain Melayu yang cemerlang seangkatan Ghalam sani.


Keluarga 9 : Keluarga Zakaria.
Satu keluarga yang telah melahirkan ramai pemain handalan adalah keluarga Zakaria dengan Fairin, Fadli aka Stonemaster, Faisal dan juara pelajar UiTM di Terbuka ini ialah Faizul. Penglibatan keluarga ini telah mewarni senario catur Melayu dan Malaysia sejak tahun 90an lagi.

Stonemaster ada di Terbuka UiTM untuk promosikan kejohanan nya pada 18 April ni di Shah Alam juga, satu kejohanan dengan hadiah lumayan menanti anda.

Sifu hanya menceritakan mengenai keluarga catur yang bermain atau menyokong Terbuka UiTM 2010 ini, kalau ada yang tertinggal sila hubungi sifu dan pasti sifu akan menulis dengan mendalam lagi. Hubungi sifu di: sifu.mycatur@gmail.com

No comments:

Post a Comment