BESUT - Wan Aini Wan Ibrahim, 21, dikenali sebagai gadis lincah dengan semangat membara untuk menjadi pendidik sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim tahun lepas.
Namun, masa depannya tiba-tiba pudar pada akhir Oktober lalu apabila anak penoreh getah dari Hulu Besut, Terengganu itu diserang bakteria kencing tikus atau leptospirosis.
Dia bukan sahaja terpaksa menamatkan pengajian seawal semester pertama, tetapi lebih parah kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya dipotong akibat gangren.
Walaupun kini berkerusi roda, Wan Aini tidak patah semangat untuk meneruskan pengajian dan akhirnya mencapai cita-cita menjadi guru.
|
|
"Saya bersyukur kerana telah mendapat tawaran baru daripada UPSI untuk kembali meneruskan pengajian pada 4 Julai ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr. Abdulah Md. Zin di Kampung La, Hulu Besut semalam.
Berita yang cukup menggembirakan Wan Aini ialah pihak Badan Kebajikan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan akan menghadiahkan sepasang kaki palsu untuknya.
"Saya mahu membuktikan bahawa orang cacat macam saya juga boleh berjaya,'' ujarnya. Kosmo.
Semua pihak harus menjemput Wan Aini jadi seorang atlet paralimpian sebab cacat bukan penghalang kejayaan menjadi seorang pendidik dan atlet negara, mungkin sifu akan mengajak nya bermain catur.
No comments:
Post a Comment