Sunday, August 9, 2009

PARALIMPIK DI KEM PUSAT MSN


15 Ogos hanya beberapa hari lagi maka debaran keliauan emas menanti pemain paralimpik di Paragames KL09 di Dewan Komenwel, MSN Bukit Jalil yang sedang berpusat di Hotel Residen Uniten, Bangi.

Mah Hassan, pemain B1 bersedia untuk mensasarkan emas B1 Lelakibersama rakan Mat Idris dan Amir Samsudin. Idris berpengalaman di Manila dan Hassan di Korat akan berteman pemain baru Amir untuk mengejar 4 emas yang di tawarkan dalam kategori mereka.

Jurulatih Hashim Jusuh, Rizal AK, Abdul Haq, Roslina, Asmah serta Sifu berharap untuk mendapat dua emas dari mereka dan bermain di KL mungkin akan mengukir sejarah untuk lelaki mendapat emas pertama sejak Manila 2005.

Beri sokongan untuk pasukan Malaysia ini saperti yang di lakukan oleh Shamsul, Kamaludin, Yeoh Chin Seng, Gregoy Lau, Haslindah, Ghazali Che Cob dari Kota Bharu dan ramai lagi yang telah membantu dalam persediaan pasukan paralimpik ini.

Mereka munkin cacat penglihatan atau cacat anggota tapi semangat mereka untuk mengarumkan nama Malaysia sama ajaan tidak cacat saperti yang telah dilakukan oleh pasukan wanita yang dapat dua emas di Korat dan mensasarkan enam emas kali ini dari 16 emas yang ditawarkan mungkin boleh menjadi kenyataan asal mereka memberi tumpuan dan permainan berkualiti.

No comments:

Post a Comment