Posting GiLOCatur mengenai Sukan di Malaysia amat menarik.
Ini adalah tambahan sebagai rujukan dan perbincangan dengan harapan
untuk menjadikan catur sebagai sukan !!
1. Mengapa catur bukan sukan lagi?
Ini perjuangan utama untuk semua agar catur di terima sebagai sukan.
Catur masih belum di senaraikan di MSN,mengapa?
Tetapi Catur Paralimpik telah diletakkan bawah kategori B di MSN. Kategori B !
Sedih nya Catur Paralimpik tidak dicatitkan dalam lapuran tahunan MCF!!
Mungkin sebab nya Catur Paralimpik melibatkan Orang Kurang Upaya ?!!
a. Mah Hassan Omar merupakan pemain Malaysia
pertama mendapat Gangsa di Asian Blind Chess 2003
di Mumbai, India.
b. Choo Min Wang, Mahadir Abdul Ghani, Idris Mat Saman dan
Rosham Sidek mendapat Perak team Blind di Manila 2005.
c. Choo Min Wang Individual Perak di Asean Paragames Ke 3 di Manila.
d. Chung Heng Meng, Ho Hea King, Khairul Nizam and
Hasidin Rashid mendapat Perak team Physical Handicap di Manila 2005.
e. Nur Fique Halil dapat Emas Blind individu di Asean Paragames Ke 4 Korat.
Emas catur pertama Malaysia.
f. Nur Fique, Muira, Norain dan Chan Mui Lan dapat Team Gold di Asean
Paragames Ke 4 Korat 2008.
Emas catur kedua Malaysia.
g. Mah Hassan, Choo Min Wang, Mahadzir Ghani dan
Shaharuddin Sidek dapat Perak Team Blind di Korat 2008.
h. Chung Heng Meng, Ho Hea King, Hasidin Rashid dan Mohd.
Kelana Yusop dapat Perak Team Physical Handicap di Korat
2008.
i. Catur di terima buat pertama kali di Sukan Paralimpik Malaysia
2008.
j. Catur paralimpik mungkin ke Asia Paragames 2010?!
Gambar: Nur Fique, Muira,Dato Aminah
bersama Datuk Jane Abdullah dan Datuk Azalina.
Kiraaan kejayaan catur OKU terkini : 2 Emas, 5 Perak, 1 Gangsa
Terima kasih kepada Cawangan Paralimpik MSN terutama bosnya Encik Sahar
dan MPM (Dato Zainal, Dr. Radha)
serta semua jurulatih Rizal Ahmad Kamal, Hashim Jusuh, Asmah Hambadley,
Shamsuddin Isa, Fadli Zakaria, AL Mohamad dan pengurus Dato Aminah Din
selain Daratul Ain, Gregory Lau, Khairulnisa, Haq, Roslina dan Farah
serta banyak lagi yang telah membantu kejayakan OKU tersebut.
Apa yang perlu Catur Paralimpik buktikan ?
MSN telah menaikan taraf catur paralimpik dari C ke kategori B ,
kalau sasaran tercapai di Paragames Ke 5 2009 kelak
mungkin di tingkatkan pula ke A ?
Apa kah ini cara nya untuk catur di bangunkan ? Mengapa tidak ? OKU Boleh!!
2. Kelemahan mementingkan kejohanan dari pembangunan.
Pembangunan memerlukan dana
tapi kejohanan mudah dapat dana
jadi buat apa buat pembangunan yang hanya
menghabiskan dana yang tidak menguntungkan !
3. Mewakili Malaysia merupakan satu penghormatan dan
kebanggaan tapi pemain kena dapat cari penaja sendiri atau dari dana ibu bapa.
MEWAKILI NEGARA TAPI awak fikirlah(carilah dana) sendiri .
Ini lah keadaan catur di Malaysia,sampai bila keadaan ini ? Nak catur jadi sukan ?
4. Ingat satu ketika dulu di peringkat MSSM catur pernah di ketepikan selama 5 tahun.
5. Catur Merdeka yang di asaskan oleh PCMM(sudah dikuburkan)
satelah di ambil alih oleh MCF dan riwayat Catur Merdeka bawah
tajaan Jawatankuasa Perayaan Merdeka juga sudah berkubur !!
6. Tiada dialog atau seminar mengenai catur atau pembangunan nya selama ini. Mengapa ?
7. Mengapa kedudukan Malaysia di peringkat dunia menurun bukan meningkat?
8. Mengapa ibu bapa saperti Zulkafli, Azhar, Azman, Bakri dll yang memainkan peranan utama
untuk memastikan anak anak mereka berjaya di peringkat Malaysia dan antarabangsa ?
Ini adalah peranan mereka untuk kejayaan anak dan negara. Sampai bila?
9. Cerita Sukan di Malaysia macam cerita catur aja. Nak jadikan catur sukan ? Bila? Boleh kah?
OKU telah buktikan yang kejayaan membawa pengiktirafan agar catur boleh di terima
sebagai sukan serta catur boleh berdiri sama tarafdengan sukan paralimpik lain.
10.Pemain catur adalah pelajar pintar, mungkin belum ada data di kumpulkan, semua pelajar A!!
(email pada sifu.mycatur untuk mulakan kumpulan data pemain catur 'A' ini)
Jadi doktor, engineer, lawyer semua nya menjadi manusia berjaya, mungkin satu akan jadi
ahli politik kelak untuk mentakbatkan catur sebagai sukan!!
Selagi catur tidak di jadikan sukan,
selagi tiada pembangunan catur,
selagi tiada dana untuk mewakili negara,
selagi tiada perubahan.
selagi tiada data tiada bukti.
Catur akan tetap di tahap yang sama.
Malaysia tetap di tahap merana.
Kejohanan tetap ada, setiap minggu,
blog catur bertambah
tapi mana arah tuju catur di Malaysia ?
Gambar: Nur Fique
Fikirlah sendiri.
The Malaysian 45th Chess Olympiad Budapest Teams in ChessBase India Portal
-
45th Chess Olympiad 2024 Budapest
Surely as a chess enthusiast and former chess blogger, GiLocatur followed
the just concluded 45th Chess Olympiad which...
2 months ago
saya setuju sgt2... sila baca artikel saya yang lepas "Catur: Sukan Picisan?"... kekadang kita lihat Kerajaan Malaysia ni tersalah melabur... sukan yang berjaya seperti Catur dipinggirkan... sukan yang gagal seperti Bolasepak........
ReplyDeletesaya mencari pemain catur yang berminat menjadi serious player sekitar kawasan Kota Tinggi, Johor.
ReplyDeletesparring partner, penubuhan club, kelas dll.
hamzah http://herocatur.blogspot.com