Thursday, May 27, 2010

TRAGEDI CATUR

Bila di lihat di Chess Overboard, Lim Chong imbas kembali masa silam dengan  Rosazman Mat Rosley, seorang prodigi catur tapi hilang ....NWM Khairulnissa ada cerita di blog nya..
TAPI SABENARNYA INI BUKAN CERITA TAPI PERISTIWA SEDIH TRAGEDI CATUR TERUTAMA UNTUK ANAK MELAYU TERMASUK TRAGEDI PCMM DI HARAMKAN !!!
Mengapa tragedi ?
Tragedi saperti ini berulang dan berulang bagi pemain berbakat tapi mereka yang menjadi pemimpin tidak berubah hanya menukar topi, atau memakai terlalu banyak topi dan tersilap topi selalu atau terlupa topi berlaku.... ini lah punca tragedi nya.
Sifu berada di Kejohanan CaturMASUM di USIM, Nilai dan perbincangan ini di timbulkan.
Sifu sudah berperanan dengan bangga nya untuk menyumbang 10 butir Emas Catur Paralimpik untuk negara di dua Paralimpik Sukan Asean Korat dan Kuala Lumpur serta 8 butir Pingat Perak serta Gangsa.
Serta dapat bersama beberapa jurulatih nasional terkemuka saperti Fadli Stonemaster, Rizal Ahmad Kamal, Shamsuddin Mat Isa, Hashim Jusuh, Asmah Hambadley Ahmad, Abdul Haq Mohamad dan Roslina Marmono.
Kata mereka dengan OKU bolehlah tapi bekerja dengan OKU tidak boleh kaya, tidak banyak duit...tapi bekerja  dengan ikhlas bersama mereka lebih mulia dari cemohan yang di hadapi kini yang tiada hasil nya untuk di banggakan mungkin bertambah IM tapi GM nampak jauh lagi di lautan....
Pemain OKU lebih menyerlah saperti Nur Fique Halil, Norain Yusof, Atirah, Aqilah, Tham Siew Foong, Choo Min Wang, Shaharuddin Sidek dan Mah Hassan Omar yang telah mencipta sejarah Emas Negara. Ini semua adalah perancanga teliti sejak sepuluh tahun lalu 1990 antara sifu dan Rizal Ahmad Kamal bersama MPM dan MSN, sifu tidak mahu tragedi catur able bodies berulang di OKU Paralimpik.
Balik pada tragedi...
PCMM ketika itu persatuan catur harapan orang Melayu dengan Kejohanan Terbuka Melayu, Masters Melayu, Hari Buruh, Allegro Bank Pertanian, Terbuka Rank Raayat dan Catur Merdeka...tapi bila tidak tahu memakai topi oleh beberapa pemimpin kanan, Mula merampas satu persatu bermula dengan Merdeka untuk masuk kantung MCF, tapi kantung MCF tetap kosong hingga kini.
Merdeka selalu memberi nafas untuk PCMM untuk menganjur Terbuka Melayu dan Masters Melayu, sabelum di bantu oleh Bank Pertanian.
Zaman gemilang PCMM ini melahirkan banyak harapan dan prodigi catur di bantu oleh Persatuan Catur Dan Dam Shah Alam, Persatuan Catur Kelantan, Persatuan Catur Terengganu, Pesatuan Catur Kedah dan Persatuan Catur Perlis ketika itu.
Kejohanan demi kejohanan tanpa berhenti  untuk melahirkan prodigi catur...mula dengan Rosazman Mat Rosley,
Jusjefri Ahmar,
Mas hafizul Helmi Agus,
keluarga Wahiduddin dengan Nurul Huda, Kamal Ariffin serta Khairulnisa,
keluarga Saranon dengan Norfatitah,
keluarga Ibrahim dengan Haliza Hanum dan Haliza Hanim,
keluarga Hussain dengan Hazuin dan Hazril,
keluarga Zakaria dengan Fadli dan Fairn,
keluarga Che Hassan dengan Abdullah,
keluarga Kamsah ,
keluarga Ustaz Ali,
keluarga Nik dengan Nik Ahmad Faruki,
keluarga Ishak dengan Nursafawati Ishak,
keluarga Effa....dan banyak lagi yang mungkin sifu tertinggal termasuk keluarga sifu sendiri.


Tapi  Rosazman, anak seorang penoroka Felda Jengka 2 setiap kali datang ke Kejohanan PCMM di bawa oleh bapa nya Mat Rosley bersama seorang rakan ia itu Jusjefri menaiki bas dari Temerloh dan tinggal di rumah sifu  kalau beliau tidak menang mungkin perjalanan mereka menjadi lebih perit sebagai anak peneroka dan perancangan untuk kejohanan seterus nya akan terjejas.  Rosazman ini adalah anak didik CikGu Robil, dan Rosazman bermain di peringkat MSSM sejak berumur 9 tahun lagi dan permainan nya terserlah di MSSP dan MSSM sahaja sehingga beliau memasuki ITM Jengka.
Sifu bersama beberapa rakan telah cuba menempatkan Rosazman di sebuah sekolah terkemuka berasrama dan diambil sebagai anak angkat oleh seorang ahli koperat, malang nya beliau tidak mahu tinggalkan keluarga nya dan memberi syarat agar di ambil Jusjefri sekali, tapi peruntukkan itu untuk seorang sahaja maka ...hilanglah Rosazman dari dunia catur mungkin sebab kepahitan hidup sebagai anak peneroka.
Khairulnissa ada pernah berjumpa dengan Rosazman tapi dunia catur nya sudah ditinggalkan...


Seorang lagi trajedi ialah Norsafawati Ishak dari Kampung Kandang Lembu di Kedah, beliau amat menyerlah diantara pemain wanita dan di peringkat MSSK dan MSSM, untuk memastikan kejayaan nya,  beliau diminta belajar dan tinggal  dengan se angkatan nya Hazuin, pemain catur handalan Shah Alam atas permintaan keluarga Hussain di Shah Alam, malang nya permintaan di tolak dan Norsafawati, anak seorang perniaga warung kopi di kampung hilang.. tapi Hazril masih gagah bermain baru ini di UiTM Terbuka dan adik nya Hazuin, bakal menjadi doktor. 


Lain tragedi ialah kehilangan anak anak keluarga Effa, yang semua menerima pendidikan di sekolah Cina maka pakar berhasa Cina dan dunia catur, satelah mengkuasi dunia catur tempatan satu ketika dahulu merka hilang ......Baru ini sifu ada berjumpa dengan tiga Effa ini yang sedang belajar di UiTM Shah Alam, mereka masih mempunyai sengat dan bisa catur tapi mereka bermain setakat di kampus sahaja sebab nya.....
Ini adalah tiga tragedi catur dan PCMM yang sifu amat rasakan silap utama ialah tiada pembangunan catur di peringkat negara hanya kejohanan dan kejohanan sahaja.  Bila menyerlah maka habis di situ sahaja, nak pergi jauh di peringkat antarabangsa jangan harap dengan MCF, semua pemain negara kena bayar tambang sendiri sambil menyumbang untuk membawa pagawai MCF pula...inilah realiti hingga kini
tragedi  PCMM adalah satu bab yang lain.....
satu lagi  realiti yang sedih adalah penglibatan beberapa pemain dalam kancah dadah yang telah turut menghancurkan beberapa pemain...sifu amat menyokong peraturan FIDE untuk memilih cara rambang pemain untuk di uji untuk dadah terutama pemain pemain terkemuka yang nampak pelik atau yang 'gila'.
Realiti nya kejayaan hanya untuk keluarga yang mampu dan perihatin sahaja akan menyerlah saperti keluarga Zulkafli, Azhar, Saleh aka Gilocatur, dll
tapi ingat kalau setakat mengantar pemain di kejohanan tanpa persediaan awal,sokongan moral dan perhatian jurulatih jangan jangan...lihat sahaja Anand menjadi juara Dunia kali ke 4 sokongan nya amat menyerlah sehingga Kasparov pun dalam pasukan sokongan nya... jadi nak main di peringkat nasional dan antarabangsa, pemain kena bersedia dan di sokong dengan wang...... adakah MCF mampu......???
Mungkin dengan tiada nya PCMM maka akan berkubur juga Terbuka Melayu dan Masters Melayu...
nak di harap dengan MCF jauh sekali tengok sahaja kelahiran FIA sejak terakhir nya dengan Ismail Ahmad (bukan Ismail polis).....pada 1990  tragedi tragedi.....tragedi catur di Tanah Melayu untuk Melayu oleh Melayu.......atau kita patut kaji dan cari punca mengapa ini semua berlaku di antara anak Melayu !!
[NOTA: sifu ingin mencari dan menulis berkenaan perkembangan anak Malayu dan penglibatan keluarga untuk meraih kejayaan catur dan kejayaan masa hadapan. 
Soalan nya adakah penglibatan dengan catur telah membawa kejayaan ?  Adakah catur membantu menjadikan pemain jadi pelajar cemerlang atau pelajar A ?
Jawapan email kapada sifu.mycatur@gmail.com]

No comments:

Post a Comment