Rawatan guna Rafflesia sebabkan kegagalan hati, limpa
23/05/2010 5:03pm
KUALA LUMPUR 23 Mei - Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon mendapati, organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia selama 14 hari telah menjadi kecil.
Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan oleh lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.
Dr. Nazlina berkata, dalam satu artikel portal berita universiti itu bahawa penyelidikan oleh Khairunnadwa di bawah penyeliaannya mendapati, limpa itu mampu mendetoksifikasi bahan dari tunas Rafflesia azlanii.
"Tetapi proses ini juga mengecutkan limpa daripada saiz asalnya. Dengan itu ujian itu mengesahkan keupayaan tunas bunga itu. Tetapi risiko yang memberi kesan ke atas organ penting lain juga wujud, iaitu limpa,” katanya.
Beliau berkata, wanita yang mengamalkan meminum air dimasak dengan tunas Rafflesia selepas rawatan kelahiran perlu menimbangkan dengan serius keburukan dan kesan berbahaya ini.
Katanya lagi, kadar ketoksikan dalam kajin ini perlu menjadi amaran kepada orang yang mengambil “jamu” seperti ini memandangkan penggunaan bahagian Rafflesia azlanii sebagai sumber ubatan tradisional adalah tidak selamat. - Bernama
Kenali Bunga Rafflesia ini:
Rafflesia arnoldii is a member of the genus Rafflesia. It is noted for producing the largest individual flower on earth, and a strong odor of decaying flesh - the latter point earning it the nickname of "corpse flower". It occurs only in the rainforests of Sumatra and Borneo in the Indonesian Archipelago. Although there are some plants with larger flowering organs like the Titan Arum and Talipot palm, those are technically clusters of many flowers.
No comments:
Post a Comment