Saturday, June 13, 2009

TAHNIAH NAJIHA !!

dari GiloCatur


WFM Najiha

Nur Najiha berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia catur antarabangsa apabila berjaya menjadi juara dan menggondol pingat emas di Kejohanan Catur Asian Age Group ke 10 bagi kategori perempuan Bawah 10 Tahun (Girls 10) yang berlansung di Bandar Hue, Vietnam. Dengan seri di pusingan terakhir, Najiha berjaya memperolehi 7 mata dengan menang 5 dan seri 4 permainan meninggalkan naib juara dari negara tuan rumah dengan 1/2 mata. Dengan kemenangan ini, kalau tidak silap GiLoCatur, Najiha berjaya mendapat title WFM.

(GiLoCatur : Amat berharap pihak media cetak dan elektronik mengeluarkan berita kejayaan Najiha ini di dada-dada akhbar dan media elektronik. Sewajarnya sukan catur tidak disisihkan di negara ini dengan hanya menumpukan kepada sukan-sukan popular.)

Amat sayang sekali kerana kakaknya, Nabila kurang berjaya mengungguli kategori perempuan Bawah 12 Tahun. Nabila yang tewas di pusingan pertama, juga tewas kepada juara, WCM Medina, dari Indonesia di pusingan keenam. Tetapi dengan berbekalkan 6 1/2 mata, Najiha berjaya mendapat pingat perak bagi kategorinya. Syabas juga diucapkan kepada Nabila dengan kejayaan tersebut.

Azman Hisham
coach dan motivator kedua-dua anak perempuannya
(Gambar dipetik dari Blog Kelab Catur Setia Kuantan dan sumbangan Haslindah)


Tahniah dan syabas juga harus diberikan kepada Encik Azman Hisham dan Puan Zaza di atas dedikasi dan pengorbanan mereka demi kejayaan anak-anak dalam sukan catur.
Sifu juga sampaikan tahniah kepada keluarga catur Malaysia yang didikasi untuk memajukan catur dan kecemerlangan dan kejayaan anak anak beliau dan mungkin menjadi prodigi catur tertinggi Malaysia

No comments:

Post a Comment