Friday, April 24, 2009

STAY BEAUTIFUL AND SLIM NATURALLY


Daun Salam atau serai kayu, samak kelat or bay leaf.
Makan sebagai ulam atau penambah perasa dalam makanan tapi rahsia sabenar sebagai pelansing badan. Wow ini sifu kena buat dan amalkan.
Ambil segenggam daun salam, cuci bersih, rebus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas, minum ketika suam, amalkan minum sekali sehari sehingga berat badan turun. The natural way of getting slim.
Sumber:Petua PEREMPUAN pp6603

Pokok salam adalah sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Tetapi ia termasuk dalam kategori tumbuhan rempah kerana kegunaannya yang meluas dalam pelbagai masakan melayu terutamanya masakan Indonesia. Ia mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun, ketinggian yang biasa dijumpai adalah 60 kaki. Ia mempunyai dahan yang merimbun dan berbentuk.ringkas. Bunganya berwarna putih (ada yang berwarna merah muda) dan mempunyai bau wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah dan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.Rasanya manis dan sedikit kelat. Daunnya yang kering berbau wangi seakan serai. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.

Perubatan herba menggunakan daun salam mengubati penyakit kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuk daun, akar, kulit batang dan buah. Bagi merawat diabetis melitus dan tekanan darah tinggi, caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam. Daunnya digunakan merawat kudis dengan cara ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga digunakan bagi menurunkan kolesterol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya tiga kali sehari.

sumber:Jie Jie's Fotopage

1 comment: