Friday, May 27, 2011

BN masih gagal majukan OKU

BN masih gagal majukan OKU

Satelah melibatkan diri bersama OKU terutama dengan rakan peguan cacat penglihatan Dato Mah Hassan Omar, OKU selalu terpinggir. Da;am banyak kes yang di ketahui, pegawai yang bertanggung jawap selalu nya tidak ikhlas dalam tindakan mereka. Saorang OKU, cacat fisikal dan akal, ingin berdirikari sebab sudah berumur 26 tahun tapi tidak ada sesiapa yang sunggup mengambil beliau berkerja biar dinamakan sebagai Aziz. Aziz telah memohon untuk mendapat bantuan pendapatan RM300 sebulan untuk menambah pendapatan Rm6 sehari sebagai pencuci meja dan kedai.
Malang nya pegawai terlibat tidak meluluskan permohonan sebab bapa beliau berkemampuan, andaikata sekira nya bapa beliau sudah tidak betkemampuan siapa yang akan membela nasib Aziz melainkan diri nya sendiri. Ini merupakan satu kes yang Sifu ketahui dan satu kes lagi ialah saorang cacat akal yang sudah berumur 38 tahun di beri RM50 sebulan.
Beliau di jaga oleh saorang emak yang sudah tidak larat berumur 65 tahun, permohonan telah dibuat beberapa kali tapi tambahan peruntukan tidak diluluskan tanpa sebab dan beliau terpaksa memohon dari daerah lain untuk mendapat peruntukan bulanan tersebut mungkin sebab nya beliau duduk di sebuah rumah kampung yang besar tapi pegawai itu tidak melihat berapa daif nya keadaan dalam rumah untuk menjaga seorang dewasa yang tidak faham apa itu kesusahan tetapi mahu makan bila tiba masa bila beliau rasa lapar.
Saorang bapa saudara yang berjiran terpaksa menyara anak cacat ini walaupun beliau seorang nelayan, ini adalah hidup nya saorang OKU yang tidak mendapat sepatut nya walaupun kerajaan BN cakap akan membantu tapi banyak lagi OKU yang terpaksa mengemis untuk menyara hidup dan keluarga sebab mereka ini manusia yang mempunyai naluri yang sama saperti manisia lain.

No comments:

Post a Comment