Saturday, July 25, 2009

"BICARA SANTAI SUAPAN MINDA"

Masih tidak terlalu lewat lagi untuk MC mengucapkan tahniah dan syabas buat adik Najiha yang telah berjaya mengangkat nama negara di mata dunia dengan terkalungnya WFM di pangkal leher nama. Sememangnya kejayaan ini sungguh bermakna buat penggemar-penggemar sukan catur di negara kita. Kita yang berjiwa merdeka ini sesungguhnya turut merasa bangga tanpa mengira anak siapa dia, mana tempat tinggalnya, apa bangsanya jua agama apakah dia.

Walaupun sukan ini agak terperosok, malahan juga tersembunyi dalam tebalnya takwim MSN mahupun KBS tetapi kejayaan ini amat mengharukan kita, lebih-lebih lagi kerana ianya sangat berkait rapat dengan hasil keringat mencurah kita sendiri... Ya...Boleh dikatakan semuanya sendiri!!!. Alangkah bagusnya jika permata-permata kecil kita ini digilap oleh pihak tertentu dengan diberi sedikit imbalan dan penghargaan oleh mereka. Masakan, untuk mengharumkan nama negara pun perlu dibayar dengan wang tabungan sendiri serta diberi upah pula kepada pihak tertentu atas nama jagaan di sana.

Marilah kita semua pencinta sukan ini memikirkan sesuatu agar sukan ini lebih maju dan kita berjaya melahirkan IM mahupun GM dan sebagainya. Tidak mustahil untuk kita yang sememangnya dari segenap matra lebih hebat dan jaguh dari Vietnam tetapi agak terkebelakang dalam sukan catur. Mudah-mudahan generasi muda kita akan lebih berminat untuk terjun ke dalam sukan ini daripada hidup penuh mimpi dan fantasi. Bagi para pemimpin juga, jika mempunyai kesedaran yang menebal tentang kehebatan sukan ini dan perkaitannya dengan menjana minda yang hebat, buatlah sesuatu...jangan asyik memikirkan perCATURan politik dan kuasa untuk kepentingan peribadi sahaja.

Minda Catura

Dipetik dari http://selchess.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment