CATUR DI MANA ?
Semalam Sinar memetik Menteri Belia dan Sukan satelah Berita Minggu bercerita berkenaan catur untuk di ketengahkan dan di majukan agar catur menjadi permainan ramai serta melahirkan seorang Grandmaster.
Sifu mengucapkan syabas kalau catur dapat di terima di peringkat pembangunan dan kemajuan Kementerian terutama MSN.
Selagi catur dipinggirkan.
Selagi catur tidak di iktiraf sebagai sukan
Selagi catur tidak di jadikan satu matapelajaran pembelajaran
Selagi kepimpinan MCF tidak berubah
Selagi kepentingan tidak utamakan keuntungan
Selagi kepimpinan tidak lupa tanggungjawap
Selagi MCF tidak ada perancangan masa panjang
Selagi MCF asik dengan kejohanan
Selagi mementingan permainan rapid atau allegro sahaja
Selagi catur tidak di senarai sebagai sukan teras
Selagi keanggkohan MCF tidak berubah
Selagi ahli MCF tiada tanggongjawap tapi nak jawatan sahaja
Selagi catur masih lagi tidak mencapai atau setaraf dengan pencapaian catur paralimpik
Selagi itu catur hanya syok sendiri di kalangan exco MCF
Selagi tidak ada perubahan, catur dan MCF hanya akan terpinggir maka catur yang rugi
Selagi mewakili negara kena bayar sendiri
Selagi MCF tidak mempunyai program pembangunan maka catur di Malaysia akan jauh ketinggalan dari jiran Singapura dan Indonesia
Catur boleh mendapat emas saperti 10 butir Emas yang di sumbangkan oleh mereka yang OKU iaitu yang cacat penglihatan atau yang cacat anggota di sukan Asean Paragames asal pemain di pentingkan dan peranan utama serta penglibatan MSN.
Biar mereka OKU tapi hati mereka lebeh mulia dan cerah dengan semangat wajah untuk mengharumkan nama negara.
Adakah sumbangan mereka ini bukan sumbangan untuk menaikkan nama sukan catur dan negara, tapi cuba lihat blog blog catur hanya dua tiga sahaja yang hayati sumbangan mereka yang bergelar OKU ini.
Adakah MCF tidak perduli tentang mereka ini dan hanya seorang dua yang menjengok sumbangan wira wira negara yang telah mengibarkan bendera dan Negara ku sebanyak LAPAN kali di Asean Paragames KL09 di Dewan Komenwal, Bukit Jalil.
Apa yang di pentingkan adalah glamor, ego dll sampai bila? Wira OKU terutama mereka yang cacat penglihatan telah buktikan catur mempunyai masa hadapan tapi able bodies masih jauh di belakang dan selagi tidak mahu bangkit dari tidor selagi itu lah tahap catur di Malaysia.
Beberapa blog kebelakangan ini menyoal arah dan hala tuju catur di Malaysia yang belum Merdeka, selagi MCF tidak mahu berubah selagi kepimpinan tidak di ubah selagi itu lah taraf catur akan terpinggir di negara sendiri. Catur umpama Berok di hutan di susukan anak di rumah kelaparan.
The Malaysian 45th Chess Olympiad Budapest Teams in ChessBase India Portal
-
45th Chess Olympiad 2024 Budapest
Surely as a chess enthusiast and former chess blogger, GiLocatur followed
the just concluded 45th Chess Olympiad which...
3 months ago
No comments:
Post a Comment