Sunday, April 11, 2010

gambar Terbuka UiTM 2010







KELUARGA CATUR di TERBUKA UiTM 2010

Keluarga 1: Keluarga Zullkafli
Pasangan bahagia Guru guru Zullkafli Md Daud dan Sofia melakar sejarah apabila dua anak mereka menjadi juara kebangsaan dalam satu tahun NM dan NWM, menjadi tulang belakang pembangunan sukan catur di peringkat sekolah Selangor kini melihat kematangan anak Amira yang menjadi juara wanita di Terbuka UiTM 2010.
Keluarga 2 : Keluarga Nor Azmi Mohd Noor
Pensyarah UiTM dari Terengganu merupakan pemain utama pasukan catur kakitangan UiTM talah menyumbang kepada masyarakat keluarga catur. Satu ketika dulu terutama di Kejohanan PCMM, beliau akan membawa keluarga nya untuk mengejar kejuaraan catur di Malaysia, beliau pernah menjadi juara Melayu serta Master Melayu.

Bila agak nya akan dihidupkan semula kejohanan sebegini yang telah melahirkan ramai pemain saperti Mohd Noor Yahya, Ghalam Sani, Mas Hafizul Helmi, Eliza Hanim, Haliza Hanum, Agus Salim, Mohamad Ali, Ustaz Ali, Rosli Mohd Noor dan ramai lagi akan di adakan semula dan sifu ada terima banyak pertanyaan berkenaan ini. Inshallah akan di usahakan.

Keluarga 3 : Keluarga Alizah Aris
Keluarga terbaru dari Alizah Aris, Olahragawati UiTM 1989 dari sukan catur, pertama catur mendapat tempat, beliau telah di hubungi olah sifu dan terkejut yang mengambil bahagian adalah anak anak beliau buat pertama kali dalam kejohanan catur terbuka.

Keluarga 4 : Keluarga Saleh Latif aka GiloCatur
Seorang penyokong kuat catur dari segi penglibatan dalam permainan dan penulisan catur di blog GiloCatur. Tiga anak nya mengambil bahagian dengan Fikri Saleh mendapat tempat sebagai pelajar terbaik sekolah, catur telah menyatukan keluarga untuk mengembara sambil bermain dan mencari pengalaman catur. Sifu amat tertarik dengan dedikasi beliau terhadap pembangunan catur.

Keluarga 5; Keluarga Mohd Farid aka Keluarga Effa
Keluarga Mohd Farid atau Keluarga Effa amat di kagumi dari Selayang, adik beradik Effa lahir dari ayah seorang jurutera dan ibu seorang pendidik melibatkan keluarga bermain catur dan membuat sensasi untuk membolot hampir setiap kejohanan yang mereka mengambil bahagian kini mereka berjaya dalam pendidikan pula. Rahsia mereka adalah mendapat pendidikan persekolahan di sekolah Cina dan mereka pakar bercakap Mandarin dan dilect bahasa Cina.

Keluarga 6 ; Keluarga Hussin
Keluarga yang dedikasi satu ketika dahulu ialah Bendahari PCMM, En. Hussain dari Shah Alam yang telah mengambil beberapa jurulatih untuk mendidik kedua anak nya Hazril dan Hazrin untuk menjadi juara di Shah Alam dan Selangor.















Keluarga 7 : Keluarga Azhar Kelang
Keluarga yang paling aktif untuk pembangunan catur anak anak nya adalah Azhar Said , sehingga baju pun memberi semangat untuk mengejar kejuaraan, kalau ada bahagian bawah 12 tahun pasti kedua Puteri nya akan menjadi juara.
Azhar amat dedikasi dan melahirkan kebimbangan dengan politik catur masa kini tapi itu tidak menghalang beliau menamam modal untuk membawa anak anak nya di hampir setiap kejohanan catur, yang paling penting anak anak nya amat berminat dengan catur agar satu hari anak anak nya pasti akan berjaya untuk menjadi jaguh Malaysia.

Keluarga 8 : Keluarga Dr. Zamani
Zamani merupakan seorang pemain terkemuka UiTM, kini tiada masa kerana tugas tapi tidak menghalang beliau untuk menghantar dua putra dan puteri mengambil bahagian sebagai persediaan untuk kejohanan sekolah peringkat daerah Petaling. Zamani amat gemari pengunaan perangkap dalam permainan nya dan merupakan seorang pemain Melayu yang cemerlang seangkatan Ghalam sani.


Keluarga 9 : Keluarga Zakaria.
Satu keluarga yang telah melahirkan ramai pemain handalan adalah keluarga Zakaria dengan Fairin, Fadli aka Stonemaster, Faisal dan juara pelajar UiTM di Terbuka ini ialah Faizul. Penglibatan keluarga ini telah mewarni senario catur Melayu dan Malaysia sejak tahun 90an lagi.

Stonemaster ada di Terbuka UiTM untuk promosikan kejohanan nya pada 18 April ni di Shah Alam juga, satu kejohanan dengan hadiah lumayan menanti anda.

Sifu hanya menceritakan mengenai keluarga catur yang bermain atau menyokong Terbuka UiTM 2010 ini, kalau ada yang tertinggal sila hubungi sifu dan pasti sifu akan menulis dengan mendalam lagi. Hubungi sifu di: sifu.mycatur@gmail.com

KUPUTUSAN TERBUKA UiTM 2010

Kolej Melati di Dewan Seminar  telah menjadi kenangan nostalgia untuk ramai Almuni UiTM dari kalangan pemain catur serta keluarga keluarga catur Farid, Zakaria, Husin, Saleh, Zullkafli, Azhar, Aliza dan Zamani. dari  dulu dan sekarang. Sifu akan memperkenalkan mereka kemudian.

  • Pemenang tempat 1 hingga 8 sebagai pemenang utama.
  • Terbaik Wanita : Amira Syahmina Zullkafli
  • Terbaik Uitm :    Mohd. Faizul Zakaria
  • Terbaik IPT:    Izuddin Ahayat
  • Terbaik Pelajar sekolah: Fikri Saleh
  • Terbaik Staf UiTM: Mohd Nazmul Hasan
  • Terbaik Almuni UiTM : Zahorin Basiran
Juara Mohd Syakir menerima hadiah dari Pn. Hamidah
Terbaik Wanita : Amira Syahmina Zullkafli


                

Monday, April 5, 2010

Cacat bukan penghalang kejayaan




BESUT - Wan Aini Wan Ibrahim, 21, dikenali sebagai gadis lincah dengan semangat membara untuk menjadi pendidik sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim tahun lepas.
Namun, masa depannya tiba-tiba pudar pada akhir Oktober lalu apabila anak penoreh getah dari Hulu Besut, Terengganu itu diserang bakteria kencing tikus atau leptospirosis.
Dia bukan sahaja terpaksa menamatkan pengajian seawal semester pertama, tetapi lebih parah kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya dipotong akibat gangren.
Walaupun kini berkerusi roda, Wan Aini tidak patah semangat untuk meneruskan pengajian dan akhirnya mencapai cita-cita menjadi guru.

WAN AINI menerima sumbangan daripada Abdullah di Kampung La, Hulu Besut semalam.


"Saya bersyukur kerana telah mendapat tawaran baru daripada UPSI untuk kembali meneruskan pengajian pada 4 Julai ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr. Abdulah Md. Zin di Kampung La, Hulu Besut semalam.
Berita yang cukup menggembirakan Wan Aini ialah pihak Badan Kebajikan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan akan menghadiahkan sepasang kaki palsu untuknya.
"Saya mahu membuktikan bahawa orang cacat macam saya juga boleh berjaya,'' ujarnya. Kosmo.

Semua pihak harus menjemput Wan Aini  jadi seorang atlet paralimpian sebab cacat bukan penghalang kejayaan menjadi seorang pendidik dan atlet negara, mungkin sifu akan mengajak nya bermain catur.

Saturday, April 3, 2010

SENAM TARI MELAWATI

Sudah lima minggu, penduduk Melawati telah mulakan satu Senam Tari atau arobik atau line dance tapi asas nya bersenam di pimpin seorang jurulatih profesional dengan kerjasama dan tajaan Hj Wahab, seorang ahli Majlis MPAJ.
Pada yang nak tahu cara tarian 1Malaysia kena datang dan ikuti penduduk Taman Melawati, setiap kali lebeh 50 peserta dari berbilang kaum dan umur mengikuti Senam Tari ini. Amat menyeronokkan dapat bersenam sambil menari dan mengeluarkan peluh.
Tujuan Senam Tari ini adalah untuk masyarakat sekitar untuk menjadi rakyat sihat sambil berkenalan dan bermesra. Sifu dan keluarga telah mengikuti Senam Tari ini untuk menyambut dan menjadi rakyat sihat.
Kapada mereka yang berminat atau ada di sekitar Hulu Kelang datang ke Bazaar Melawati atau ke Pasar Tani setiap Sabtu jam 730 pagi dan bersama menjadi rakyat sihat.

Friday, April 2, 2010

What is Integrity?

Inspiring Stories…

LawEddie.com header image 2

LawEddie.com

Integrity is a value, like persistence, courage and industriousness. Even more than that, it is the value that guarantees all the other values. You are a good person to the degree to which you live your life consistent with the highest values that you espouse. Integrity is the quality that locks in your values and causes you to live consistent with them.
Integrity is the foundation of character. And character development is one of the most important activities you can engage in. Working on your character means disciplining yourself to do more and more of those things that a thoroughly honest person would do, under all circumstances.
To be impeccably honest with others, you must first be impeccably honest with yourself. You must be true to yourself. You must be true to the very best that is in you, to the very best that you know. Only a person who is living consistent with his or her highest values and virtues is really living a life of integrity. And when you commit to living this kind of life, you will find yourself continually raising your own standards, continually refining your definition of integrity and honesty.
You can tell how high your level of integrity is by simply looking at the things you do in your day-to-day life. You can look at your reactions and responses to the inevitable ups and downs of life. You can observe the behaviors you typically engage in and you will then know the person you are.
Your integrity is manifested in your willingness to adhere to the values you hold most dear. Its easy to make promises and hard to keep them, but if you do, every single act of integrity will make your character a little stronger. And as you improve the quality and strength of your character, every other part of your life will improve as well.

Thursday, April 1, 2010

KEJOHANAN CATUR TERBUKA UiTM 2010



  • Tarikh  10 April 2010 – Sabtu, 8.00pg – 6.00ptg, ( Terbuka UiTM )

  • Masa   8.45pagi hingga 6.00petang.
  • Tempat     Dewan Seminar, Kolej Melati , UiTM Shah Alam. Selangor .(Kampus Utama)
  •  
  •  Sistem SWiSS 7 Pusingan, ( 25minit setiap pemain ).
  • ‘Tie Break’  (1)Solkoff; (2)S/B; (3)Cumulative; (4)P/E(where applicable)
  • Yuran Penyertaan RM 25.00 – Terbuka ELO Rating bawah 1600 
  • RM15.00 – Pelajar UiTM dan pelajar sekolah. Dikecualikan ELO rating untuk pelajar / kakitangan / Alumni UiTM/ dan pelajar sekolah.
*Tarikh Tutup Penyertaan   9 April 2010
*Terhad kepada 120 penyertaan terawal sahaja.

Masa melaporkan diri pada hari pertandingan adalah dari pukul 8.00pagi hingga 8.45pagi.
Penghantaran melalui faks atau e-mail boleh dibuat.
(Makanan tengahari tidak disediakan.) –
(Hubungi/SMS: Pn. Hamidah: 0193632177, Pn Suhada:0193747868)
Pembayaran penyertaan adalah secara TUNAI..
No. Faks: 03-55435625 e-mail: midahr 657 @salam.uitm.edu.my / bakar585@salam.uitm.edu.my
Hadiah /Aturcara                                                   / Jadual pertandingan
Johan RM 350 + Cenderahati + Sijil             Pendaftaran         800 pg – 8.45pg
Kedua RM 200 + Cenderahati + Sijil            Ucapan               8.45pg
Ketiga RM 100 + Cenderahati + Sijil            Pusingan 1           9.00pg – 9.50pg
Keempat  RM 80 + Sijil                                Pusingan 2          10.00pg – 10.50pg
Kelima    RM 70 + Sijil                                 Pusingan 3           11.00pg – 11.50pg
Keenam  RM 60 + Sijil                                 Pusingan 4           12.00tgh – 12.50 tgh
Ketujuh   RM 50 + Sijil                                 REHAT
Kelapan  RM 40 + Sijil
Terbaik pelajar UiTM RM 40 + Sijil              Pusingan 5           2.00 ptg - 250 ptg
Terbaik staf UiTM      RM 40 + Sijil              Pusingan 6           3.00 ptg - 350 ptg
Terbaik Wanita           RM 40 + Sijil              Pusingan 7           4.00 ptg - 450 ptg
Terbaik IPT                RM 40 + Sijil

Difahamkan ini adalah kejohanan untuk menarik pemain pelajar IPT terutama pemain catur dari kalangan UiTM dari semua kampus dan untuk mengumpulkan kakitangan serta pemain alumni UiTM terutama bekas pemain UiTM saperti Alizah Aris, NWM Eliza Hanum, Norfatitah, NWM Khairulnisa, Haslindah Ruslan, Zulfakar, Norzri, Tun Lanang, dan staf saperti Norazmi, Rahman dan ramai lagi.  Mungkin boleh di jadikan kejohanan reunion.

Pada malam satu Kejohanan Blitz UiTM Terbuka untuk semua peminat catur dan harapkan semua pemain sparing malam Jumaat di Shah Alam akan main bersama.
 7.45mlm – 10.00mlm (Terbuka UiTM, Catur ‘Blitz’) RM5-Terbuka dan pelajar RM3,
Sifu difahamkan ini merupakan satu siri kejohnan sukan untuk memajukan permainan sukan dan catur di kalangan pelajar dan staf UiTM di semua kampus.