Friday, September 21, 2018

SIFU.mycatur Telah Kembali Kerahmatullah


Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Rojiun.

Hj Saleh mendapat berita tentang Encik Abdul Latiff Mohamad  yang juga dikenali sebagai SIFU.mycatur iaitu tuan punya laman blog ini telah pulang ke rahmatullah jam 9:00pm semalam (ie Khamis 20/9/2018).

Hj Saleh mengenali Allahyarham Encik Latif sejak 2009 terutamanya ketika Kejohanan Catur MMU dan KLCA Open.

SIFU bersama isteri

Allahyarham Encik Latif merupakan seorang chess arbiter yang sangat berpengalaman terutamanya menggunakan sistem manual.

Ketika zaman Allahyarham aktif sebagai arbiter kejohanan catur, swiss pairing manager masih belum ada.

Banyak juga pengalaman dan kisah2 catur di Malaysia yg Allahyarham cerita dan kongsikan dengan Hj Saleh. Hj Saleh yg dikenali sebagai GiLoCatur di kalangan komuniti catur tanahair sangat berbesar hati kerana Blog Catur Hj Saleh merupakan salah salah satu blog dalam Blog List Allahyarham Encik Latif.

Allahyarham juga telah menjadikan Hj Saleh sebagai author laman blog catur beliau di URL - http://sifumycatur.blogspot.com/

Hj Saleh mendoakan agar Allahyarham Encik Latiff berada di kalangan orang2 beriman dan soleh.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Encik Latiff.

Al-Fatihah!

No comments:

Post a Comment