Tuesday, August 31, 2010

SI LUNCAI BIARKAN BIARKAN !!

 Di hari Merdeka ini, Sifu ingin sampaikan satu hikmah berkenaan Si Luncai di antara kita, sudah cukup Sifu bersuara seakan menyalak ke bukit mereka tidak akan faham atau sengaja tidak mahu faham. Mereka jadi buta dan mengharapkan masa akan membetulkan keaadan tapi kalau dah jadi Si Luncai, tipu muslihat menjadi amalan hidup maka hati mereka sudah tertutup menjadi buta.
Kadangkala mendidik secara perlambangan, lebih mengesankan. Menegur secara metafora, kurang menyakitkan. Memperingat secara analogi, lebih melunakkan hati. Begitulah yang saya yakin dalam usaha kita menyedarkan diri sendiri dan orang lain.
mesej yang baik, perlu disampaikan dengan cara yang baik dan pada ketika yang baik… Namun jika dimarah juga, kita berserah kepada Allah. Kita manusia yang lemah, Allah jua yang memberi hidayah
 Keceluparan kerapkali mengundang bencana. Kata pepatah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Terlajak perahu boleh dibelok, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada Si Luncai. Akibat kata-katanya, dia dimurkai raja.
(petikan dari Genta Rasa)
Siapa yang termakan cili dialah yang terasa pedas tapi Si Luncai adakala nya di lihat cerdik tapi ada kurang sikit atau bodoh sebab cetik pendidikan, tahu muslihat untuk putar alam yang menjadi alam semula jadi nya tapi kalau kita asik biarkan biarkan Si Luncai, kita sendiri yang akan menangung sebab membiarkan ......

Kalau kita sudah tahu sudah menerima petunjuk maka kita harus menerima nya dengan hati terbuka.  Jangan memegang teraju kepimpinan terlalu lama, meluat, benci, muak...akan terasa.  Kalau cakap nak undur undur lah cara terhormat sabelum di cemoh dan di singkir.

“Saudara patut bersyukur dengan kesukaran itu.”
“Kenapa? Bukankah sepatutnya saya bersabar?”
“Kita wajar bersyukur kerana Allah hendak menyelamatkan kita daripada riyak dan takbur atas kebaikan yang telah kita lakukan. Tanpa sanjungan, tanpa pujian, bukankah rasa takbur dalam hati kita akan tertekan? Rasa riak juga akan terhenyak?”
“Benar juga kata saudara. Tetapi sungguh, sukar sungguh untuk mendidik hati agar rasa begitu.”

“Saudara, dalam setiap perjuangan juga ada golongan yang dinamakan ‘toxic people’.”
“Toxic people?”
“Golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Ujudnya golongan ini seiring dengan wujudnya wira yang tidak didendangkan tadi.”
“Maksud saudara?”
“Justeru adanya toxic people inilah menyebabkan wujudnya unsung hero!”
“Awak ni ada-ada sahaja, “ katanya sambil tersenyum.
Alhamdulillah saya akhirnya dapat menyebabkan wajahnya yang murung tadi ceria sedikit.

“Toxic people ini tidak banyak kerja untuk orang lain melainkan bekerja untuk kepentingan diri. Dia mengampu yang di atas, menyiku yang sebaya dan menekan yang di bawah.”
“Saya akan lawan mereka!”
“Jangan. Pembelit akan terbelit dengan jeratnya sendiri.”
“Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.”

“Berapa lama harus saya bersabar, eh… bersyukur?”
Saya tersenyum.
“Sabarlah dalam bersabar. Dan syukurlah sehingga tidak dapat diukur…”
“Ini pasrah atau mengalah?”
“Tidak kalah dengan mengalah.”
            (petikan dari Genta Rasa)

Kita harus menjadi bijak dan berdiri tegak di hormati tapi selalu nya kita  tamak. Kita lupa diri. Kita tidak berdiri di alam nyata. Kita tidak bersukur dengan pemberian dan suruhan Allah selama ini.  Tapi siapa Sifu untuk bersuara...kerana terlalu kerdil tidak berkuasa tidak bermanya hanya mendoakan kurnian Illahi untuk menyambut Hari Merdeka ke 53 ini. MEDEKA MERDEKA MERDEKA.


No comments: