Aku singgah disini, di sebuah pelabuhan
Setelah kesekian lama berlayar mengharungi samudera hayat
Lalu, di jeti aku merenung ke dalam diri
Menghitung
Bekas dan jejak yang pernah ku tinggalkan
Aku bertanya sendirian
Apakah bekalan perlu ku bawa
Dan berapa amalan telah ku himpun
Persiapan bakal di bawa pulang
Menuju ke garis akhir
Ah!!!...
Usia pun berlalu sederas deru taufan
Sepantas kilat menyambar
Dan di suatu ketika
Pelabuhan ini akan kutinggalkan
Sahabat-handai, rakan-taulan
Sanak-saudara, kekasih-tercinta
Adalah ikatan longgar yang bakal usai
Pasti ku tinggalkan
Dan yang ada kini; cuma diriku sendiri
Kian terasing terpisah
Melewati dan meninggalkan
Hari-hari silam
Penuh kesendirian
~unggassenja
20.2.2002
sifu amat tertarik dengan cacitan ini untuk tatapan bersama.
PUISI MERDEKA Oleh SAHALASB
-
Sempena bulan kemerdekaan negara Malaysia di bulan Ogos 2025 tidak lama
lagi, GiLoCatur kongsi sebuah sajak bertajuk "PUISI MERDEKA" yg ditulis
pada tahu...
1 week ago
No comments:
Post a Comment