Kementerian Belia dan Sukan bersetuju Sukan Paralimpiad ke negeri yang menjadi hos Sukan Malaysia (Sukma) bermula di Melaka 2010 adalah untuk mengubah persepsi masyarakat tentang kebolehan dan kemampuan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam acara sukan,
Gambaran serta persepsi orang ramai perlu diubah dengan segera terhadap penyertaan OKU dalam sukan. Justeru jalan yang terbaik ialah meletakkan mereka sama taraf dengan atlet yang bertanding di Sukma.
''Sukan Paralimpiad juga sama penting dengan sukan besar lain yang dianjurkan di dalam negara ini. sebelum ini masyarakat tidak memberi perhatian mengenai kejohanan ini," kata Menteri Belia dan Sukan dalam sidang media selepas merasmikan Sukan Paralimpiad ke-14;
Jelasnya, penganjuran Sukan Paralimpiad di Melaka pada tahun 2010 nanti diharap mampu mengubah persepsi masyarakat terutama sekali buat golongan muda.
''Selain dari mengubah persepsi masyarakat penganjuran Sukan Paralimpiad di negeri yang menganjurkan Sukma juga boleh meningkatkan lagi kemudahan sukan untuk atlet OKU di negeri tersebut.
''Selepas selesai Sukma, tiba giliran penganjuran Sukan Paralimpiad pula dan negeri tersebut mestilah mempunyai kelengkapan yang mesra OKU,"
Ujarnya, penganjuran sukan untuk atlet OKU di tempat yang sama untuk atlet normal sudah berlangsung dengan meluas di kejohanan antarabangsa misalnya selepas sahaja Sukan Olimpik tamat akan berlangsung pula Sukan Paralimpik begitu juga dengan Sukan Para ASEAN diadakan selepas Sukan SEA.
Petikan dari Utusan Malaysia;
SUKMA 2010 akan di adakan pada 28 Mei hingga 6 Jun 2010 di Bandar Bersejarah Melaka dan di ikuti dengan Paralimpiad 2010 dan tarikh di jangka 11 - 19 Jun 2010 ikut jangkaan salepas SUKMA 2010, ini masih belum pasti sebab belum ada tarikh rasmi lagi.
Sifu mencadangkan semua jurulatih negeri harus sudah bermula mencari atlet paralimpiad mengikut format asean Paragames lalu untuk acara catur dan di harap kali ini akan melihat semua negeri mengantar peserta catur lelaki dan perempuan dalam acara B1, B2&B3 serta Combined B1,B2 &B3 dan cacat anggota.
Peserta harus di cungkil dari sekolah pendidikan khas atau mana mana pusat latihan OKU dalam mencari bakat baru pemain catur untuk membantu pembangunan catur di peringkat negara.
The Malaysian 45th Chess Olympiad Budapest Teams in ChessBase India Portal
-
45th Chess Olympiad 2024 Budapest
Surely as a chess enthusiast and former chess blogger, GiLocatur followed
the just concluded 45th Chess Olympiad which...
2 months ago