Tuesday, June 8, 2010

CATUR MSSM 2010 PERLIS

Salepas kecoh yang catur di gugurkan dari kalender MSSM, kini catur lega dan sedang berentap di Kangar Perlis Indra Kayangan. Ini adalah sahaja harapan pemain catur untuk melepaskan geram untuk merebut juara MSSM.
Jangan biarkan catur di pinggirkan atau di gugurkan bila kewangan tidak mencukupi saperti telah berlaku beberapa kali.  Soalan nya mengapa MSSM tidak melibatkan MCF di kejohanan kebangsaan ini ? Tiada kekerjasama ? Atau MCF sudah terlalu besar untuk kejohanan kecil saperti MSSM ini ? Atau kejohanan luar negara lebih penting dari kejohanan mencari bakat ini, MSSM telah melahirkan hampir kesemua pemain negara baik lelaki atau wanita. 
Bukankah Kejohanan MSSM yang patut di pentingkan untuk arena catur negara ?
Kangar membawa banyak kenangan untuk sifu dan arena catur Melayu satu ketika dahulu, Kejohanan Masters Melayu  PCMM, Terbuka Perlis, dan banyak lagi kejohanan, walaupun jauh di utara kejohanan di Perlis selalu mendapat sambutan hangat dan percayalah Terbuka Perlis pada 7 Jun ini pasti mendapat sambutan terutama dari peserta MSSM ini.

Selamat bercatur untuk semua peserta dari seluruh negara serta jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa pastinya tarikan di sempadan itu todak boleh diketepikan sahaja tapi beli di Malaysia dulu okey.
Terima kasih terutama rakan blogger Gilocatur dengan blog MSSM 2010 CHESS dimana petikan gambar talajh di perolehi serta blog syedchess.

No comments:

Post a Comment