Tuesday, December 22, 2009

HARAPAN CATUR 2010/2011

Sifu baru ini berpeluang untuk bersama NCBM (National Council for Blind Malaysia) di pejabat NCBM untuk berbincang dan berdialog dengan MSN yang di wakili oleh Pengarah Cawangan Paralimpik, Mohd Safulshahar Yusof dan di Hotel Summit untuk Budget 2010 selain dari Seminar Pembangunan Sukan Paralimpik (rujuk Paralimpik MSN), dan Sifu akan gariskan beberapa rumusan penting untuk OKU dan khas nya untuk Cacat Penglihatan.

Catur masih tersenarai di kacamata Cawangan paralimpik sebab Catur tersenarai di Asean paragames 2011 Bandung tapi untuk 2010, catur tidak mendapat perhatian sebab catur tidak tersenarai di Asia Guanchou 2010 maka begitu lah nasib catur baik untuk normal atau paralimpik.

Berita terkini menyatakan catur disenarai diantara 37 sukan yang akan di pertandingkan di Indonesia 2011 (lihat Gilocatur , Stonemaster atau Bernama) tapi itu 2011 untuk 2010 catur tiada tempat saperti di wawarkan yang catur akan turut menerima nasib malang di peringkat MSSM 2010.

MSN bersetuju pada dasar nya catur akan di terima di MSN Paralimpik tapi di paras rendah sebab catur bukan high performance sports.

Mana MCF? Inilah peranan MCF selama ini sejak 30 tahun di taraf peminta sedekah dan hampir orang yang sama selama 20 tahun lalu dan catur masih di tahap si peminta sedekah.

Pemain pemain yang berjaya adalah hasil titik peluh ibu bapa sahaja, sumbangan MCF zero level, Sifu amat malu maka Sifu lebeh selesa berkhidmat untuk OKU yang Sifu nampak ada tujuan, ada matlamat ada kemenangan Emas untuk Negara. Maaf Sifu dulu satu ketika ada bersama MCF tapi bila Kejohanan Merdeka di rampas dari PCMM dan di masuk dalam kantong MCF atau .... maka PCMM pun berkubur begitu juga Merdeka, Sifu selasa di luar bersama OKU terutama mereka yang cacat penglihatan daripada mereka yang buta dengan jawatan dan kepimpinan kosong selama ini.

Maaf mungkin Sifu terlalu keras dan pedas tapi ini lah realiti MCF ketika ini dengan Setiausaha nya seorang diri berlari sana sini dan yang lain jadi boss dan pemerhati sahaja untuk pandai mengeritik dan buat kerja dengan kepentingan sahaja.
Tapi kalau untuk menyampaikan hadiah atau untuk bergambar mereka pasti ada, kan gambar akan di keluarkan di blog blog!!

Untuk OKU pada 2010, beberapa kejohanan sedang dalam perancangan dan permohonan agar kejohanan tersebut di iktiraf oleh FIDE melalui IBCA atau IPCA tapi pasti beberapa kejohanan OKU akan disenaraikan sebagai kejohanan pemilihan untuk 2011 nanti, jawatankuasa Pemilihan pasti akan menilai atas permainan dan penglibatan pemain dari tahun 2010.

Kejohanan tersenarai dalam perancangan : 1. Kejohanan Catur OKU Hari Wilayah 2010
2. Kejohanan Perseorangan SBM 2010. 3. Kejohanan Catur OKU MBPJ 2010. 4. Kojohanan catur KL Braille,5. Kejohanan Jemputan MCBM 2010 6. 2nd. Asia Blind 7. OKU Jemputan Asia.

Beberapa kejohanan tersebut sudah mendapat penaja dan yang lain dalam perbincangan, pastinya ini semua untuk OKU dan pembangunan catur OKU Malaysia untuk melahirkan jagoh Catur Asia dari OKU Malaysia.

Harapan utama Sifu adalah untuk melihat pembangunan catur dengan berjaya dan sihat dan biarlah pembangunan ini tersusun dengan matlamat membawa kejayaan dan misti mempunyai dana untuk kejayaan ini. Peranan ibu bapa amat penting sekali tetapi biarlah sumbangan mereka di hargai dengan MCF berperanan lebeh professional dan bertanggungjawap bukan lepas tangan dan ambil jalan mudah sahaja serta MCF di pimpin oleh mereka yang mempunyai visi.

Sifu mohon maaf andai penulisan Sifu agak panas dan pedas untuk mereka yang termakan cili tapi kita manusia yang di hujung senja kalau tidak di beri ingatan kita ini pelupa dan kita tidak boleh lagi dari kesilapan sebab kita manusia, inilah harapan Sifu untuk catur di Malaysia agar anak anak kita tidak tercicir di telah zaman saperti yang telah berlaku selama ini.

1 comment:

  1. Tahniah atas kejayaan sukan catur 2009. Pedas atau panas itu adalah asam garam kehidupan. Yang penting, Skuad Pelapis kena ada supaya pasukan pemimpin, pemain, penganjur sukan catur di Malaysia akan terus subur dan makmur...

    ReplyDelete