Pasukan MSSM KL
Hari ini bermulalah perjuangan anak muda dari seluruh tanah air untuk merebut kejuaraan MSSM 2009.
Hari ini bermulalah perjuangan anak muda dari seluruh tanah air untuk merebut kejuaraan MSSM 2009.
Pengalaman catur dan MSSM telah membawa saya merantau sebagai arbiter atau jurulatih ke Kuala Terengganu, Arau, Labu, Kuantan, Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Peristiwa dalam kenangan.
Peristiwa dalam kenangan.
- Peristiwa pemain di halau dari dewan, dia sudah kalah tapi lambat keluar maka pasukan beliau di persalahkan dan pasukan itu di batalkan permainan pusingan itu dan di beri 0 mata. Wow ARBITER BERKUASA itu keputusan utama dari seorang FIA. Nak potong markah pemain tersebut tidak boleh sebab beliau sudah kalah tapi tiga pemain lain sedang bermain maka 3 mata itu di potong tanpa sebab. Kes di rayu dan kalah tapi wang di pulangkan pelik tapi benar mana pergi logik nya!!
- Di satu kejohanan peingkat daerah oleh FIA yang sama, 6 pusingan telah di tetapkan akan tetapi pusingan telah di berhentikan pada pusingan 5 kerana sudah ada penang, menurut arbiter jadi pusingan 6 tidak perlu, melanggar etika kejohanan Swiss.
- Seorang jurulatih telah merampas jam ketika permainan sedang berjalan untuk membantah keputusan Arbiter untuk memberhentikan jam kerana pemain lawan telah memohon secara rasmi untuk datang lewat 30 minit kerana mengambil peperiksaan. Tindakan tidak sporting jurulatih membawa padah kerana di suruh keluar dewan untuk pusingan itu. Tiada sesiapa berhak pegang jam.
- Peristiwa seorang pemain yang telah membuang buah catur dan papan ke lantai, kecewa sebab kalah, adalah satu tindakan yang tidak berdisiplin kini pekara seperti ini tidak berlaku lagi.
- Kegiarahan pemain atau jurulatih selalu membawa kurang nya semangat kesukanan, maka moto catur " Genna Una sumus - We are a family" di ketepikan.
- Banyak lagi pekara aneh dan lucu telah berlaku tetapi yang paling sedih apabila catur di gugurkan selama lima tahun dari kalender MSSM dan tiada siapa yang perduli apalagi pihak persatuan catur negeri dan negara.
Kini catur dikendalikan dengan begitu baik sekali di semua peringkat negeri dan MSSM secara profesional untuk melahirkan jaguh jaguh kebanggaan Malaysia.
sifu minta maaf tidak dapat cover MSSM 2009 di Goldcoast Klang tapi ikuti Mohammad Arshad dari Caturterengganu atau gilocatur untuk ikuti perkembangan. Sifu akan buat ulasan esok bila membuat tinjauan kelak insahallah.
ReplyDelete