Tuesday, April 26, 2011

Asean Paragames Surakata 2011

Keputusan Catur di Kuala Lumpur Paragames 2009 mungkin terbaik dan menjadi sejarah Paragames untuk Catur.  Yang di sasarkan 4 Emas tapi Catur mendapat 8 Pingat Emas.

Nur Fiqua Halil, Neo Sut Nei, Najiha, Dato Mah Hassan, Choo Min Wang, Shaharuddin Sidek terpahat di muka sejarah Catur tanah air di bawah bimbingan Sifu, Rizal Ahmad Kamal, Hashim Jusuh, Abdul Haq Muhamad, Roslina Marmono, Asmah Hambadly dan ramai lagi, telah memainkan peranan utama untuk menjadikan Malaysia jagoh Catur di Paragames Kuala Lumpur.

Tapi di Surakata nanti, banyak perubahan akan berlaku apabila ada yang berundur diri atau tidak dapat bersama disebabkan masalah cuti atau tugas...ini akan menjadi cabaran untuk catur kelak untuk mempertahankan 8 Emas tersebut.

Pihak catur able bodies sudah memulakan pemilihan pemain dan nama pemain dan jurulatih juga telah tersenarai untuk pemilihan kelak untuk Paragames atau pemain OKU.  Mereka terdiri dari pemenang Emas, Perak atau Gangsa dari Paragames lalu serta beberapa pemenang dari Paralimpiad Malaysia 2010 di Melaka lalu.  Tapi pemain yang menduduki peperiksaan SPM, STPM tidak di senarai sebab Paragames Surakata bermula awal Disember kelak jagi bertembung maka pelajaran diutamakan.

Kalau anda fikir anda lebeh hebat dari athlet athlet ini, hubungi Sifu atau anda mengenali pemain OKU baru , Jawatankuasa akan mempertimbangkan semua percalunan tapi setaraf  pemenang pingat Ganga Paragames atau Perak di Paralimpiad Malaysia.

Bersedia untuk Surakata 2011.

No comments:

Post a Comment