Sudah lima minggu, penduduk Melawati telah mulakan satu Senam Tari atau arobik atau line dance tapi asas nya bersenam di pimpin seorang jurulatih profesional dengan kerjasama dan tajaan Hj Wahab, seorang ahli Majlis MPAJ.
Pada yang nak tahu cara tarian 1Malaysia kena datang dan ikuti penduduk Taman Melawati, setiap kali lebeh 50 peserta dari berbilang kaum dan umur mengikuti Senam Tari ini. Amat menyeronokkan dapat bersenam sambil menari dan mengeluarkan peluh.
Tujuan Senam Tari ini adalah untuk masyarakat sekitar untuk menjadi rakyat sihat sambil berkenalan dan bermesra. Sifu dan keluarga telah mengikuti Senam Tari ini untuk menyambut dan menjadi rakyat sihat.
Kapada mereka yang berminat atau ada di sekitar Hulu Kelang datang ke Bazaar Melawati atau ke Pasar Tani setiap Sabtu jam 730 pagi dan bersama menjadi rakyat sihat.
HAPPY REUNION WITH UTEP COUPLE ZACK J & FIZAH AFTER SG BATU ARCHEOLOGY SITE
VISIT ON 1st March 2024
-
Alhamdulillah
Dalam perjalanan balik ke Lembah Kelang dari Coti Coti Pi Kedah pada hari
Jumaat lepas, 1 Mac 2024, berkesempatan bertemu dan berjumpa deng...
1 month ago