Thursday, April 2, 2009

THE SWITCH

Best VIP student of The Switch
WHY THE SWITCH? WHAT'S SWITCH ? Music to chess !

This lady have the answers for you and helping you to achieve your goals.


Gambar dan petikan/rujukan tulisan ini dari Kosmo (www.theswitch.com.my) and The Star Online

Memori hebat Tengku Faizwa

KENALI TENGKU FAIZWA TENGKU RAZIF !

Sifu telah lama mencari sistem untuk membantu melatih pemain catur terutama pemain cacat penglihatan dan OKU am nya. Tapi sistem ini adalah untuk semua pemain catur dalam membaiki cara berfikir dan membaiki minda pemain catur.

Tengku Faizwa merupakan pengasas The Switch Sdn. Bhd. dan ketua pelatih di situ. Anak gadis kerabat diraja Selangor ini juga perintis dalam pembangunan latihan mental di Asia.

Malah, dengan memori yang kuat, kata Tengku Faizwa, seseorang itu akan bertambah keyakinan dalam diri, memiliki minda yang reseptif dan lebih peka.

Sehingga hari ini, kebanyakan pelajar Tengku Faizwa menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Antaranya ialah Ivy Chong, 16, yang menjadi Grandmaster Memori Asia wanita yang pertama, Juara Memori Malaysia, tempat ketiga Kejohanan Memori Dunia peringkat junior dan beberapa kejuaraan yang lain.

Mind-blowing brainpower guru


Untuk lebih mengujakan, perakuan Dr. Edward Chan daripada Persatuan Psikologi Malaysia bahawa latihan otak, termasuk mengingati sesuatu, dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

“Tidak kira pada usia berapa anda memulakannya (latihan otak), neuron (sel yang berhubung antara satu sama lain di dalam otak) boleh tumbuh. Ini bermakna tidak ada waktu yang terlalu lewat untuk mula melatih otak,” jelas Chan.

Biarpun ramai yang menyedari peranan otak yang sihat dapat meningkatkan kualiti hidup, tidak ramai individu yang mengambil serius maklumat ini sehingga mahu mewujudkan formula tentang cara mengingat dengan berkesan, sebagaimana yang dilakukan Tengku Faizwa.

“Ia bermula daripada subjek Pemikiran Kreatif yang saya ambil sebagai mata pelajaran elektif ketika belajar di Universiti Sains Malaysia (USM),” kongsi Pengarah Eksekutif The Switch Sdn. Bhd dan mendalami peta minda.

Sifu telah berpeluang membaca berkenaan Tengku Faizwa dari Kosmo dan dari internet serta bercakap dengan beliau maka Sifu telah mencadangkan kepada MSN, inilah sistem motivasi minda yang terbaik untuk OKU terutama pemain catur untuk menjadi pemain lebih handal dalam menghadapi cabaran pemikiran.

Sifu mencadangkan kepada semua pemain serta ibu bapa bacalah mengenai sistem The Switch ini untuk mencapai kegemilangan dan kejayaan yang lebih tinggi dalam permainan catur serta pembelajaran semua anak.

Kalau beliau boleh menjadikan Ivy Choong sebagai Grandmaster Memory Asia bagaimana bunyi nya kalau seorang pemain catur di jadikan Grandmaster Catur !! Switch (www.theswitch.com.my)

No comments:

Post a Comment