Untuk makluman semua, venue Kejohanan Catur Terbuka Perlis 2011 (30 April) dan Gula Perlis Open ChessChallenge 2011 (1 Mei) telah ditukar dari Dewan Warisan ke Dewan Belia (di hadapan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar). Memandangkan ruang di venue tersebut agak terhad, maka penyertaan bagi setiap kejohanan terpaksa dihadkan kepada 200 peserta pertama sahaja. Para peserta disarankan agar menyempurnakan pendaftaran dengan kadar yang segera bagi mengelakkan kesulitan atau kemungkinan tidak dapat bermain pada hari kejohanan kelak. |
No comments:
Post a Comment