Wednesday, September 9, 2009

SHAKAM KL09



Ahmad Shabery Cheek (tengah) memberi kata-kata semangat kepada beberapa atlet Para-ASEAN negara yang menerima insentif masing-masing selepas majlis penyampaian SHAKAM di Majlis Sukan Negara, semalam.


Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) untuk Sukan Para ASEAN 2009 di Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Ahmad Shabery telah menyampaikan Shakam bernilai RM305,000 kepada 55 atlit yang menyumbang 94 pingat emas Malaysia pada Sukan Para Asean 2009, bulan lalu.

Daripada jumlah itu, atlit ping pong, Koh Zhi Liang menerima nilai tertinggi sebanyak RM12,812 menerusi empat pingat emas dalam acara ping pong ketika atlit olahraga, Mohd Fazli Fauzil menerima RM10,624 selepas meraih empat emas menerusi 100m, 200m, 4x100m dan 4x400m. Choo Min Wang yang meraih tiga emas menerusi sukan catur menerima RM9,583.


Tahniah NM Choo Min Wang dan Nur Fieqha Mohd Halil dari sukan Catur yang berjaya menyumbang 7 Pingat Emas untuk negara antara mereka berdua.

Begitu juga dengan atlet catur lain Mah Hassan Omar, Shaharuddin Sidek, Norain Fatiha Mohd. Yusoff, Atirah Azman, Teo Suat Nei, Aqilah Syahira Ahmad, Intan Juliana Zainal Abidin dan Tham Suet Nei.

Semua telah mendapat wang raya awal dan amat berbaloi sekali.

Petikan Utusan Malaysia dan Berita Harian HARI INI 090909

No comments:

Post a Comment